Misi utama DriveMark adalah untuk meraikan pemandu yang selamat.
Ia merupakan kepercayaan kami bahawa keselamatan jalan raya itu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap pemandu dan mereka sewajarnya diberikan ganjaran atas sumbangan tersebut.

Kami amatlah menghargai sokongan yang diberikan anda sejak tahun 2017. Ia telah sedikit sebanyak membantu meletakkan DriveMark pada kadar 4.8 bintang di Google Play / 4.7 bintang di Apple AppStore. Sokongan kuat daripada komuniti DriveMark juga telah membantu DriveMark untuk meyakinkan beberapa syarikat insurans untuk berkerjasama dalam menawarkan produk eksklusif, ‘Safe Driving Rebate’, kepada pemandu berhemah/yang selamat seperti anda.

🏆 Premium Insurans yang lebih adil bagi pemandu selamat.

car insurance rebate
DriveMark dengan sukacitanya ingin memperkenalkan program perintis, ‘DriveMark Safe Driving Rebate’ 🛡️ , dimana pemandu berhemah/selamat akan ditawarkan rebat insurans kereta sehingga 30%.
Sebagai contoh, jika anda membayar RM1000 untuk mempebaharui insurans kereta bersama DriveMark, anda berpeluang untuk mendapat rebat sehingga RM300 apabila anda memandu dengan selamat. Banyak tu! 💰
Rebat ini akan dikreditkan setiap bulan ke akaun DriveMark anda. Pada akhir tempoh polisi, jumlah rebat anda akan diremitkan ke akaun bank anda dalam bentuk wang tunai! Best kan?

Apakah manfaat program ini kepada anda?

Program ‘Safe Driving Rebate’ ini membolehkan anda untuk mendapatkan pulangan bayar balik melalui pengumpulan rebat insurans apabila anda memandu dengan selamat. Melalui DriveMark, anda dapat menikmati perlindungan insurans seperti biasa, dan juga tambahan pulangan bayar balik apabila anda memandu dengan selamat.
Dalam pemahaman mudah / Secara mudah :

Sebelum DriveMark: Anda membayar RM1000 (contoh) untuk mempebaharui insurans kereta dan tidak mendapat apa-apa setelah tamat tempoh polisi insurans tersebut.

Selepas Drivemark: Anda membayar jumlah yang sama (RM1000) untuk mempebaharui insurans kereta, memandu dengan selamat, dan berpeluang untuk mendapat pulangan bayar balik sehingga RM300 setelah tamat tempoh polisi insurans tersebut.💃

Adakah NCD (Non-claim discount) saya akan ‘dikacau’?

Program ini tidak akan mengganggu NCD anda. Sebaliknya, rebat tambahan ini membantu anda untuk berjimat cermat apabila anda memandu dengan selamat.

Bagaimanakah cara mendapatkan rebat insurans kereta daripada program ‘Safe Driving’ ini?

Anda hanya perlu mengumpul rebat ini selepas pembaharuan insuran kereta bersama DriveMark. Rebat ini tertakluk kepada mereka yang telah memperbaharui polisi insurans melalui DriveMark.

💎 Syarikat Insuran & Takaful manakah yang ditawarkan oleh DriveMark?

Program ini disokong oleh 3 syarikat insurans:

  • Etiqa Takaful Berhad
  • Etiqa Insurance Berhad
  • Takaful Ikhlas Berhad

Bagaimanakah pengiraan rebat insurans kereta ini dilakukan?

Program ‘Safe Driving Rebate’ ini akan melalui proses pengiraan setiap bulan berdasarkan ‘DriveMark Level’ yang telah anda capai pada bulan itu.
Jumlah rebat yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh polisi akan diakru berdasarkan rebat bulanan yang dicapai sepanjang tempoh masa 12 bulan. Secara realistiknya, anda berpotensi untuk mengumpul lebih banyak dan/atau kurang rebat. Ini kerana rebat anda bergantung pada gaya pemanduan anda dan ‘DriveMark Level’ yang telah anda capaikan pada sesuatu bulan.
Level 1 – Level 3 : Rebat ‘Safe Driving’ 0% (pengguna baru DriveMark berpotensi untuk mencapai Level 4 dengan mudah dalam jangka masa 2 bulan)
Level 4 : Rebat ‘Safe Driving’ 5%
Level 5 : Rebat ‘Safe Driving’ 15%
Level 6 : Rebat ‘Safe Driving’ 20%
Level 7 : Rebat ‘Safe Driving’ 30%

Contoh 1: Anda telah berada pada Level 6 dalam bulan tertentu dan telah membayar insurans kereta sebanyak RM1000. Rebat anda bulan tersebut adalah:
RM1000 x 20% ÷ 12 bulan = RM16.67/bulan
Contoh 2: Anda kekal pada Level 5 untuk 12 bulan seterusnya, jumlah rebat tahunan anda setelah memandu selamat secara konsisten adalah:
RM1000 x 20% = RM200.00

 

Saya nak rebat insurans kereta! Bagaimanakah cara untuk saya renew insurans kereta bersama DriveMark?

Langkah 1: Klik pada butang ‘Renew Insurance’ pada bahagian atas kanan laman ini.

Langkah 2: Fill up contact info and vehicle ownership info for processing.

Langkah 3: Bandingkan perlindungan yang dipamerkan.

Langkah 4: Pilih insurans kereta anda.

Langkah 5: Anda boleh menambah perlindungan kepada insurans kereta anda (windscreen, banjir etc)

Langkah 6: Beli insurans kereta pilihan anda.

Langkah 7: Cover note akan dihantar kepada emel anda dalam jangka masa 24 jam.

Senang kan? 👌🏻
TAPI TUNGGU……..

Renew road tax anda bersama DriveMark!

Ya, anda boleh renew road tax dengan kami.📲
Selepas anda renew insurans kereta, anda akan diberikan pilihan untuk renew road tax anda.
Ia merupakan satu proses mudah yang memerlukan masa yang sedikit untuk disiapkan.

Terima kasih kerana memandu dengan selamat!

READ POPULAR QUESTIONS HERE

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

DriveMark now protects the life of safe drivers

Good news everybody! We woke up last month with a dream. DriveMark should not just encourage and reward safe drivers. We want to go a step further; DriveMark should also...

Crowd movement pattern during Covid19 crisis

During this period of Restricted Movement Order, DriveMark has a unique opportunity to understand how well Malaysians comply to the #StayAtHome directive. You see, DriveMark is app that collects driver...

Aplikasi DriveMark Mengumpulkan Data Dan Menilai Gaya Pemanduan Anda

Katsana, salah satu syarikat yang mengumpulkan pelbagai data berkenaan dengan pemanduan di Malaysia, terkini turut telah melancarkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai DriveMark. DriveMark ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja...

Queens Behind Wheels

8th March is The International Women’s Day. It is a day to celebrate all the achievements and progress women have accomplished. We also want to celebrate so we create a...

Cara Meredah Banjir – Panduan Keselematan

Berdasarkan satu kajian oleh Centers for Disease Control and Prevention (USA), hampir separuh dari kematian yang berpunca dari lemas adalah disebabkan kenderaan yang meredah air banjir. Pemandu yang tersekat dalam banjir...

Insurance: A fairer way to price motor insurance premiums

The second phase of the liberalisation of motor insurance, which kicked off on July 1, has seen the introduction of usage-based insurance (UBI) in the Malaysian market. The product allows...