“Saya rasa tidak selamat jika memandu dengan pintu terkunci kerana anda boleh terperangkap dalam kereta yang terbakar jika ada kemalangan. Anda tak boleh keluar, dan menyusahkan pihak bomba. Suami saya tak bersetuju dengan pendapat saya. Kami ada sebuah 4×4, pintunya akan terkunci secara automatik (auto-lock) jika kereta bergerak. Apa pandangan DriveMark?”
– Puan Saleha, Petaling Jaya.

Elakkan Orang Masuk atau Keluar dari Kereta tanpa kebenaran anda

Jika anda memandu dengan pintu yang tidak terkunci, anda membolehkan sesiapa sahaja masuk, atau keluar dari kereta. Dalam contoh ini, pintu yang tidak terkunci membenarkan sesiapa sahaja memasuki kereta anda apabila berhenti di traffic light, atau stesyen minyak dan merampas barangan anda, malahkan mengugut anda supaya pandu ke tempat lain.

Kadang-kadang anda kena warn penumpang bahawa kereta anda ada auto-lock. Otherwise anda boleh dilabel sebagai penculik. (Gambar: Facebook/Singapore Civil Defence Force, Facebook/Roads.sg)

Elakkan anak anda membuka pintu secara tak sengaja dengan auto-lock dan child-lock

Terdapat beberapa kejadian anak kecil terjatuh dari kereta yang masih bergerak. Jika memandu kereta bersama anak-anak kecil, cari fungsi Child Lock pada kereta anda. Child lock memastikan pintu anda tidak boleh dibuka dari dalam bagi keselamatan anak anda.

car seat failure

(Video: Reddit)

Kebiasaannya fungsi Child Lock ini ada pada pintu kereta itu sendiri, seperti gambar-gambar di bawah:

auto-lock child lock car door

Peranan pintu semasa kemalangan

Pintu kereta juga memainkan beberapa peranan penting semasa kemalangan. Ia perlu terkunci kerana:
a) ia perlu menahan kesan impak
b) mengelakkan anda daripada tercampak keluar
c) mengurangkan risiko bumbung kereta remuk kedalam ruang penumpang. Jika kereta itu bergolek, pintu yang terkunci akan memastikan pintu tertutup, dan mengelakkan anda tercampak dan seterusnya digelek oleh kereta itu sendiri.

Jika anda ada pet, auto-lock penting untuk elakkan pet anda buka pintu 

“Syaiton apakah ini. Kenapa kotak ini bergerak? Lepaskan hamba dari kurungan ini.”, gusar si Meow.

 

Tapi, adakah auto-lock menyebabkan penumpang terperangkap di dalam kereta semasa kemalangan? Sebenarnya, apabila impak berlaku, ada masanya pintu kereta akan terperosok ke dalam. Hal ini menyebabkan pintu yang rosak itu akan tersekat tidak kira ia dikunci ataupun tidak. Dalam keadaan ini, pihak bomba akan membantu anda atau anda boleh pecahkan cermin untuk keluar dengan selamat.

Kesimpulannya, banyak kebaikan menggunakan auto-lock dalam memastikan keselamatan penumpang kenderaan sama ada manusia mahupun haiwan. Namun tidak guna juga menggunakan autolock kalau tidak memandu dengan selamat, bukan?

Aplikasi DriveMark akan beri anda markah berdasarkan cara anda memandu. Jadi, lebih mudah untuk anda menilai dan meningkatkan prestasi pemanduan anda. Kami juga beri ganjaran pada pemandu selamat di Malaysia ni. Ini kerana pemandu yang prihatin merupakan wira pada kami. 😉

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

DriveMark now protects the life of safe drivers

Good news everybody! We woke up last month with a dream. DriveMark should not just encourage and reward safe drivers. We want to go a step further; DriveMark should also...

Tips & Tricks: Improved tracking on Redmi/Xiaomi Note 4 and similar models using MIUI Global 8.5 skin

This week, we are adding a new documentation that will resolve issues with Redmi/Xiaomi Note 4 phones. This article article is meant for Redmi/Xiaomi smartphone users who are facing problems...

DriveMark November Super Hero

Zulqarnain Bin Azahari What does it take to be a super hero? Boleh terbang-terbang? Become invisible and sneak in and out? Being sado? For us, a hero is one who...

Sukan SEA – Semi Final Bola Malaysia vs Indonesia

Sekitar perlawanan bola sepak semasa Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia pada 26 Ogos 2017. [...]Read More...

Your Friends Can Be Heroes Too!

Hello Heroes! You know we already love you for keeping Malaysia road safe. You also know our fantastic challenges with super fantastic rewards. But, you know what more best? To...

KATSANA signs MoU to drive forward Usage-based Insurance

KUALA LUMPUR: Usage-based Insurance (UBI) is a platform that is no longer foreign in this “Internet of Things” (IoT) world. However, not many in Malaysia are familiar with this mechanism...

Kisah Seram di Jalan Raya

CNY dah hampir tiba dah, and we know la u gais excited nak balik kampung or jalan-jalan masa cuti panjang ni. Ada yang lagi suka guna highway, dan ada juga...