TAHUKAH anda Malaysia berada di kedudukan ke-16 di dunia yang melibatkan statistik tertinggi kemalangan jalan raya? Statistik itu juga amat membimbangkan, namun masih ada peluang untuk mengubah senario tersebut.

Pixelated Sdn Bhd (Katsana) hadir dengan misi utamanya untuk menjadikan jalan raya di Malaysia lebih selamat.

Pengasasnya, Syed Ahmad Fuqaha Sd Agil berkata, menggunakan teknologi Katsana untuk menilai pemandu, pasukannya kini memperkenalkan aplikasi baharu, DriveMark.

“Ia melatih pemandu untuk menjadi pemandu yang lebih baik dan selamat dengan mengesan corak berisiko seperti memecut secara kasar, berhenti secara mengejut, atau membelok secara kasar ketika sedang laju,” katanya.

Menurutnya, secara mudahnya, DriveMark membenarkan pemandu untuk menilai diri mereka sendiri di atas jalan raya.

“Aplikasi telematik ini kemuncak hasil kerja gabungan antara telematik dan juga sistem penjejak kereta.

“DriveMark akan menjadi batu loncatan untuk kami menjadi penyedia insurans berasaskan penggunaan di Malaysia dan dalam masa yang sama menjadi pemangkin kepada pemanduan yang selamat,” katanya.

Jelasnya, orang ramai hanya perlu dimuat naik aplikasi itu melalui Apple Apps Store atau Google Play secara percuma untuk dipasang di telefon mudah alih.

“DriveMark akan beroperasi secara automatik pada peranti pemandu tanpa perlu input daripada pengguna. Ia telah direka untuk berfungsi di belakang tabir menentukan pergerakan pemanduan pemandu secara bijaknya.

“Apabila pemanduan berhenti, DriveMark akan menyediakan kepada pemandu markah perjalanan tersebut dan memberitahu kecenderungan pemandu untuk memandu secara melulu berdasarkan empat komponen utama,” katanya.

Kos pembangunan lebih RM5 juta

Mengambil tempoh hampir setahun untuk pembangunan teknologinya, Syed Ahmad Fuqaha berkata, DriveMark menelan kos peruntukan lebih RM5 juta.

“DriveMark ini baru sahaja dilancarkan pada awal September lalu dan telah pun dimuat turun oleh 4,000 pengguna dalam masa dua bulan.

“Kami yakin penggunaannya akan terus meningkat dan kami sentiasa bersedia untuk menambah baik teknologi ini agar memberi lebih manfaat kepada orang ramai,” katanya yang juga menyasarkan 20,000 pengguna DriveMark sehingga hujung tahun ini.

Syed Ahmad Fuqaha berkata, aplikasi tersebut ditawarkan secara percuma dengan penggunaan yang sangat mudah.

“Pemandu tidak perlu membuka aplikasi tersebut setiap kali memandu asalkan fungsi GPS telah diaktifkan sepanjang masa

“DriveMark juga menjimatkan bateri telefon pintar pengguna kerana akan menjadi tidak aktif apabila pengguna tidak memandu.

“Malah ia bertukar kepada mod aktif dan menggunakan bateri hanya apabila anda bergerak,” katanya.

Ujarnya, selain merekod markah pemandu, aplikasi tersebut juga boleh berkongsi maklumat pemarkahan dengan keluarga dan rakan-rakan pemandu.

“Pemandu boleh menjemput keluarga atau rakan untuk menggunakan aplikasi sama dan berinteraksi bagi melihat cara pemanduan masing-masing.

“Dengan perkongsian itu, secara tidak langsung, ahli dalam kumpulan boleh menegur ahli yang mempunyai markah rendah dalam pemanduan mereka untuk memandu dengan lebih selamat,” katanya.

Bekerjasama dengan agensi insurans

Bertepatan pengenalan aplikasi tersebut, Katsana juga bekerjasama dengan pihak insurans untuk menyediakan diskaun insurans motor kepada pemandu yang mendapat markah DriveMark yang tinggi.

“Sesuai dengan pengumuman liberalisasi insurans motor, maka dengan penggunaan DriveMark, ia bantu agensi tersebut mengenal pasti markah pemanduan pengguna.

“Namun, data tersebut tidak boleh terus diakses oleh pihak insurans. Kerana kami secara spesifiknya mereka DriveMark untuk membina pemandu. Data identifikasi pemandu tidak akan dikongsi tanpa keizinan mereka. Setelah diberi keizinan baharu pihak kami akan kongsi kepada pemilik insurans terpilih,” katanya.

Article from: The Sinar Harian

Similar Articles

DriveMark now protects the life of safe drivers

Good news everybody! We woke up last month with a dream. DriveMark should not just encourage and reward safe drivers. We want to go a step further; DriveMark should also...

Tips & Tricks: Improved tracking on Redmi/Xiaomi Note 4 and similar models using MIUI Global 8.5 skin

This week, we are adding a new documentation that will resolve issues with Redmi/Xiaomi Note 4 phones. This article article is meant for Redmi/Xiaomi smartphone users who are facing problems...

Aplikasi DriveMark Mengumpulkan Data Dan Menilai Gaya Pemanduan Anda

Katsana, salah satu syarikat yang mengumpulkan pelbagai data berkenaan dengan pemanduan di Malaysia, terkini turut telah melancarkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai DriveMark. DriveMark ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja...

Nak menang petrol voucher RM100? Jadilah 7 pemandu terbaik app DriveMark®

DRIVEMARK HERO CHALLENGE #3 Contest Period: 16-30 November 2017       [...]Read More...

Data company gets RM4mil boost

PIXELATED Sdn Bhd, a local data company that focuses on usage-based insurance and connected cars, has secured RM4mil in funding from Axiata Digital Innovation Fund (ADIF). The money, managed by...