Kereta murah baru…tapi selamat. Ada ke? ADA.

Sikit lagi kita dah nak masuk tahun 2021. Tahun baru, kereta baru? #eh

Setiap orang mesti ada keinginan untuk memiliki kereta tersendiri. Dah penat kerja, mestilah ada perasaan nak beri ganjaran kepada diri sendiri. 😋
Pemilihan kereta terletak kepada citarasa setiap orang atau bakal pemilik kereta.
Sesetengah orang akan lihat kepada penjimatan minyak kereta, prestasi kereta, kereta murah, pengendalian kereta, kereta bersifat mesra alam, keselesaan dan sebagainya.

Tiada pilihan jenis kereta yang lebih bagus daripada pilihan-pilihan jenis kereta yang lain. Ini kerana setiap orang mempunyai minat dan kepentingan yang berbeza. Walau bagaimanapun, bagi kami di DriveMark, ciri-ciri keselamatan sebuah kereta tetap menjadi pilihan utama selaras dengan misi keselamatan jalan raya. 💚

Kereta Yang ‘Selamat’

Apakah yang membuatkan sebuah kereta itu sebagai kereta yang selamat? 💖🚗💖

Antara ciri-ciri keselamatan utama sebuah kereta merangkumi sistem penggera kereta, beg udara, brek anti-kunci (ABS), kawalan stabiliti elektronik (ESC), tali pinggang keledar, dan kunci keselamatan kanak-kanak.

kereta murah baru

Sebuah kereta juga boleh mendapatkan status sebagai kenderaan selamat secara rasmi apabila model kereta terserbut telah melalui ujian kemalangan ASEAN NCAP. Klik sini untuk melihat dan memahami bagaimana setiap model kenderaan dinilai oleh organisasi tersebut.

Senarai Kereta Murah Baru dan Selamat

Kereta murah tidak bermaksud kereta tidak selamat. Terdapat pelbagai jenis kereta murah (atau mampu milik bagi anda) di pasaran yang dikategorikan sebagai kenderaan yang selamat. Jom kita lihat senarai di bawah!

Nota: Model-model kereta yang dipaparkan dibawah disusun mengikut harga pasaran terkini dan diberikan jumlah bintang keselamatan mengikut repot ASEAN NCAP. Harga ansuran bulanan bagi setiap model kereta bagi tempoh 6 tahun dan 9 tahun adalah berdasarkan kiraan yang melibatkan kadar faedah 3.5% dan bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada jumlah harga kereta.

Harga Kereta ≤ RM100,000

Harga Kereta ≤ RM80,000

Harga Kereta ≤ RM60,000

Harga Kereta ≤ RM40,000

Model Kereta Bawah RM100,000

Model KeretaHarga (RM)Ansuran Bulanan (RM)
[6 tahun]
Ansuran Bulanan (RM)
[9 tahun]
Nilai ASEAN NCAP
Hyundai Ioniq Hybrid (2020)99,8881,510.811,094.615 ⭐
Nissan Navara (2020)98,8881,495.681,083.655 ⭐
Proton x70 (2020)94,8001,433.851,038.855 ⭐
Chevrolet Sonic Sedan (2020)94,4861,429.101,035.414 ⭐
Toyota Rush (2020)91,8851,389.761,006.915 ⭐
Mitsubishi Xpander (2020)91,3691,381.961,001.254 ⭐
Ford Ranger (2020)90,8881,374.68995.985 ⭐
Peugeot 208 (2020)86,8881,314.18952.154 ⭐
Honda BR-V (2020)86,7261,311.73950.375 ⭐
Volkswagen Vento (2020)83,7091,266.10917.315 ⭐
Ford Fiesta (2020)83,4011,261.44913.945 ⭐
Toyota Hilux (2020)83,0821,256.62910.445 ⭐
Isuzu D-Max (2020)80,1491212.25878.305 ⭐

Model Kereta Bawah RM80,000

Model KeretaHarga (RM)Ansuran Bulanan (RM)
[6 tahun]
Ansuran Bulanan (RM)
[9 tahun]
Nilai ASEAN NCAP
Proton x50 (2020)79,2001,197.90867.905 ⭐
Honda City (2020)78,5001,187.31860.235 ⭐
Toyota Avanza (2020)77,9631,179.19854.344 ⭐
Toyota Vios (2020)75,7011,144.98829.565 ⭐
Honda Jazz (2020)75,3001,138.91825.165 ⭐
Volkswagen Polo (2020)74,0601,120.16811.574 ⭐
Mitsubishi Triton (2020)73,0761,105.27800.795 ⭐
Perodua Aruz (2020)72,9001,102.61798.865 ⭐
Toyota Yaris (2019)71,6881,084.28785.585 ⭐
Nissan Almera (2019)65,699993.70719.954 ⭐

Model Kereta Bawah RM60,000

Model KeretaHarga (RM)Ansuran Bulanan (RM)
[6 tahun]
Ansuran Bulanan (RM)
[9 tahun]
Nilai ASEAN NCAP
Proton Preve (2017)57,832874.71633.745 ⭐
Proton Ertiga (2019)56,773858.69622.144 ⭐
Perodua Alza (2020)49,944755.40547.304 ⭐
Kia Picanto (2020)47,950725.24525.454 ⭐
Proton Persona (2020)42,100636.76461.355 ⭐
Perodua Myvi (2020)41,292624.54452.495 ⭐

Model Kereta Bawah RM40,000

Model Kereta Harga (RM)Ansuran Bulanan (RM)
[6 tahun]
Ansuran Bulanan (RM)
[9 tahun]
Nilai ASEAN NCAP
Proton Iriz (2020) 36,700555.09402.175 ⭐
Perodua Bezza (2020)35,391535.29387.835 ⭐
Perodua Axia (2019)33,490506.54366.994 ⭐

Car Insurance Cashback rebate for safe drivers

Renew motor takaful online
En Azman renewed motor takaful online (Etiqa Takaful) using DriveMark and participated in DriveMark Safe Driver Cashback program. Renew your car insurance using DriveMark to start earning cashback for driving safely!

 

Kelebihan Memilih Kereta Murah Baru yang Selamat 

Berikut merupakan beberapa kelebihan-kelebihan memilih kereta yang selamat:

  1. Mengurangkan impak kemalangan kenderaan. 🚗 <—> 🚙
  2. Pemandu dan penumpang-penumpang, terutama kanak-kanak, terselamat daripada kecederaan yang lebih serius. 👨👩🧒
  3. Membolehkan pemandu untuk mengawal kereta dengan lebih baik semasa detik-detik cemas. 🦾
  4. Mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kereta terlibat dalam kemalangan 🚘🔛

4 Tips ANDA Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta Baru

Pemilikan sebuah kereta amat mengujakan bagi setiap orang. Lebih-lebih lagi jika pemilikan tersebut dibeli atas hasil titik peluh sendiri.💪😅  Ia adalah penting untuk melakukan ‘homework’ anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Terdapat banyak tanggungjawab dan sejumlah wang yang perlu anda sediakan untuk memiliki kereta. Bukan sahaja ansuran pinjaman kereta bulanan yang perlu diselesaikan, malah insurans kereta, cukai jalan, servis dan penyelenggaraan juga perlu diselesaikan. Kenal pasti 4 tips yang perlu anda ketahui sebagai seorang pembeli kereta baru dibawah.

Kos kereta kurang daripada pendapatan tahunan

Kalau dilihatkan kepada pelbagai tips pembelian kereta, ramai nasihatkan penggunaan formula bank ‘ ⅓ pendapatan anda’.
🙅‍♀️ BERHENTI.🙅‍♀️
Ini sebenarnya boleh menyebabkan bebanan yang besar kepada anda. Sebaliknya, pilihlah kereta yang kurang daripada pendapatan tahunan anda.

Contoh: Aishah memperoleh RM3,000 sebulan, maka pendapatan tahunannya ialah RM36,000. Kereta baru yang sesuai baginya merangkumi kos sekitar RM25,000 sehingga RM35,000. 

Dengan pilihan yang bijak ini, anda akan mendapat lebih banyak kebebasan untuk membayar keperluan lain seperti petrol, tol, cukai jalan, insurans, tempat letak kereta, servis kereta dan sebagainya.

Bayaran bulanan ≤ 15%  pendapatan bulanan 

Formula di atas juga boleh digunakan untuk pembelian kereta. Pastikan ansuran bulanan kereta kurang ⬇️ 15% daripada pendapatan bulanan anda. 
Contoh, pendapatan bulanan Aishah, RM3000 x 15% = RM450 jumlah maksimum bayaran ansuran bulanan.

Oleh itu, bayaran ansuran bulanan kereta anda seeloknya tidak melebihi RM450. 🔒

Dapatkan pinjaman kereta

Dah jumpa kereta yang sesuai dengan kemampuan anda? Kita beralih pula kepada pinjaman kereta. Seperti yang disenaraikan oleh Auto Sentral, terdapat 3 rahsia pinjaman kereta yang perlu anda ketahui apabila ingin mendapatkan pinjaman kereta. Rahsia-rahsia ini merangkumi:

  1. Penjamin 👪 – Pihak bank akan meminta ada untuk menyediakan dan menamakan penjamin jika anda membuat pinjaman pertama kali, sejarah kredit akaun tidak stabil, tiada sejarah kredit.
  2. Kadar faedah bank  ☝️👇  – Kadar faedah akan lebih tinggi bagi harga kereta yang rendah dan faedah yang lebih rendah bagi harga kereta tinggi. Kadar faedah yang berbeza juga berdasarkan: kadar rujukan di setiap bank, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman, sejarah kredit peminjam, usia kereta, dan promosi pinjaman bank.
  3. Bayaran pendahuluan 💸 – Semakin banyak bayaran pendahuluan anda, semakin sedikit jumlah faedah ansuran bulanan kereta anda dan sebaliknya. Pinjaman kereta 5 tahun secara amnya mempunyai jumlah faedah yang lebih rendah berbanding pinjamin kereta selama 9 tahun.

Sila klik sini untuk baca artikel tersebut dengan lebih lanjut atau melakukan kiraan mudah bagi kadar faedah mengikut bank di iMoney.my

Kekalkan nilai kereta

Setelah berjaya memiliki kereta anda, ia adalah penting bagi anda untuk menjaga kereta tersebut dengan baik. Kereta yang dijaga dengan baik adalah bagi mengekalkan nilainya sekiranya anda mahu menjual kereta tersebut pada masa akan datang. Ya, sebuah kereta boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyebabkan nilainya untuk turun.
Walau bagaimanapun, penurunan ini boleh diperlahankan dari masa ke masa apabila anda: 🧼✨🔕🔧

  1. Mencuci kereta dengan kerap
  2. Baiki bunyi pelik yang datang daripada enjin kereta
  3. Pastikan bahagian dalam sentiasa bersih dan berbau segar
  4. Servis dan selenggara kereta dengan kerap
  5. Elakkan pengubahsuaian kereta secara melampau

Participate in DriveMark Safe Driver Cashback program by renewing your car insurance / takaful coverage using DriveMark. Select prices from multiple insurers/takaful operators, and drive safely to get monthly cashback. Click on the image to get instant quotation and renew online effortlessly.

Kami berharap artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari kereta yang bersesuaian dengan anda. Kalau dah jumpa kereta tersebut, jom semak harga cukai jalan kereta di artikel DriveMark: Senarai Harga Road Tax Kereta Malaysia (2020) 🔍

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

DriveMark now protects the life of safe drivers

Good news everybody! We woke up last month with a dream. DriveMark should not just encourage and reward safe drivers. We want to go a step further; DriveMark should also...

Ganjaran diskaun petrol, tol untuk pemandu berhemah

KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, pemandu berhemah di negara ini bakal mendapat ganjaran rebat petrol dan tol. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata cadangan itu dikemukakan Petroliam Nasional Berhad...

Petronas CoffeeBreak Winner Leaderboard!

Hello DriveMark Heroes! Last Raya we had an awesome run at the Petronas Coffee Break Challenge. Together, we’ve collected up to 1.2 Million kilometres on DriveMark for the Challenge! Hooray!...

KATSANA signs MoU to drive forward Usage-based Insurance

KUALA LUMPUR: Usage-based Insurance (UBI) is a platform that is no longer foreign in this “Internet of Things” (IoT) world. However, not many in Malaysia are familiar with this mechanism...

Easy Car Organization Hacks

Our car is like our second home. And like home, we’d want to keep it comfortable, right? These hacks are super easy to do to keep our car clean and...

DriveMark November Hero

Zulqarnain Bin Azahari What does it take to be a super hero? Boleh terbang-terbang? Become invisible and sneak in and out? Being sado? For us, a hero is one who...