Misi utama DriveMark adalah untuk meraikan pemandu yang selamat.
Ia merupakan kepercayaan kami bahawa keselamatan jalan raya itu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap pemandu dan mereka sewajarnya diberikan ganjaran atas sumbangan tersebut.

Kami amatlah menghargai sokongan yang diberikan anda sejak tahun 2017. Ia telah sedikit sebanyak membantu meletakkan DriveMark pada kadar 4.8 bintang di Google Play / 4.7 bintang di Apple AppStore. Sokongan kuat daripada komuniti DriveMark juga telah membantu DriveMark untuk meyakinkan beberapa syarikat insurans untuk berkerjasama dalam menawarkan produk eksklusif, ā€˜Safe Driving Rebate’, kepada pemandu berhemah/yang selamat seperti anda.

šŸ† Premium Insurans yang lebih adil bagi pemandu selamat.

car insurance rebate
DriveMark dengan sukacitanya ingin memperkenalkan program perintis, ā€˜DriveMark Safe Driving Rebate’ šŸ›”ļø , dimana pemandu berhemah/selamat akan ditawarkan rebat insurans kereta sehingga 30%.
Sebagai contoh, jika anda membayar RM1000 untuk mempebaharui insurans kereta bersama DriveMark, anda berpeluang untuk mendapat rebat sehingga RM300 apabila anda memandu dengan selamat. Banyak tu! šŸ’°
Rebat ini akan dikreditkan setiap bulan ke akaun DriveMark anda. Pada akhir tempoh polisi, jumlah rebat anda akan diremitkan ke akaun bank anda dalam bentuk wang tunai! Best kan?

Apakah manfaat program ini kepada anda?

Program ā€˜Safe Driving Rebate’ ini membolehkan anda untuk mendapatkan pulangan bayar balik melalui pengumpulan rebat insurans apabila anda memandu dengan selamat. Melalui DriveMark, anda dapat menikmati perlindungan insurans seperti biasa, dan juga tambahan pulangan bayar balik apabila anda memandu dengan selamat.
Dalam pemahaman mudah / Secara mudah :

Sebelum DriveMark: Anda membayar RM1000 (contoh) untuk mempebaharui insurans kereta dan tidak mendapat apa-apa setelah tamat tempoh polisi insurans tersebut.

Selepas Drivemark: Anda membayar jumlah yang sama (RM1000) untuk mempebaharui insurans kereta, memandu dengan selamat, dan berpeluang untuk mendapat pulangan bayar balik sehingga RM300 setelah tamat tempoh polisi insurans tersebut.šŸ’ƒ

Adakah NCD (Non-claim discount) saya akan ā€˜dikacau’?

Program ini tidak akan mengganggu NCD anda. Sebaliknya, rebat tambahan ini membantu anda untuk berjimat cermat apabila anda memandu dengan selamat.

Bagaimanakah cara mendapatkan rebat insurans kereta daripada program ā€˜Safe Driving’ ini?

Anda hanya perlu mengumpul rebat ini selepas pembaharuan insuran kereta bersama DriveMark. Rebat ini tertakluk kepada mereka yang telah memperbaharui polisi insurans melalui DriveMark.

šŸ’Ž Syarikat Insuran & Takaful manakah yang ditawarkan oleh DriveMark?

Program ini disokong oleh 3 syarikat insurans:

  • Etiqa Takaful Berhad
  • Etiqa Insurance Berhad
  • Takaful Ikhlas Berhad

Bagaimanakah pengiraan rebat insurans kereta ini dilakukan?

Program ā€˜Safe Driving Rebate’ ini akan melalui proses pengiraan setiap bulan berdasarkan ā€˜DriveMark Level’ yang telah anda capai pada bulan itu.
Jumlah rebat yang telah dikumpulkan sepanjang tempoh polisi akan diakru berdasarkan rebat bulanan yang dicapai sepanjang tempoh masa 12 bulan. Secara realistiknya, anda berpotensi untuk mengumpul lebih banyak dan/atau kurang rebat. Ini kerana rebat anda bergantung pada gaya pemanduan anda dan ā€˜DriveMark Level’ yang telah anda capaikan pada sesuatu bulan.
Level 1 – Level 3 : Rebat ā€˜Safe Driving’ 0% (pengguna baru DriveMark berpotensi untuk mencapai Level 4 dengan mudah dalam jangka masa 2 bulan)
Level 4 : Rebat ā€˜Safe Driving’ 5%
Level 5 : Rebat ā€˜Safe Driving’ 15%
Level 6 : Rebat ā€˜Safe Driving’ 20%
Level 7 : Rebat ā€˜Safe Driving’ 30%

Contoh 1: Anda telah berada pada Level 6 dalam bulan tertentu dan telah membayar insurans kereta sebanyak RM1000. Rebat anda bulan tersebut adalah:
RM1000 x 20% Ć· 12 bulan = RM16.67/bulan
Contoh 2: Anda kekal pada Level 5 untuk 12 bulan seterusnya, jumlah rebat tahunan anda setelah memandu selamat secara konsisten adalah:
RM1000 x 20% = RM200.00

 

Saya nak rebat insurans kereta! Bagaimanakah cara untuk saya renew insurans kereta bersama DriveMark?

Langkah 1: Klik pada butang ā€˜Renew Insurance’ pada bahagian atas kanan laman ini.

Langkah 2: Fill up contact info and vehicle ownership info for processing.

Langkah 3: Bandingkan perlindungan yang dipamerkan.

Langkah 4: Pilih insurans kereta anda.

Langkah 5: Anda boleh menambah perlindungan kepada insurans kereta anda (windscreen, banjir etc)

Langkah 6: Beli insurans kereta pilihan anda.

Langkah 7: Cover note akan dihantar kepada emel anda dalam jangka masa 24 jam.

Senang kan? šŸ‘ŒšŸ»
TAPI TUNGGU……..

Renew road tax anda bersama DriveMark!

Ya, anda boleh renew road tax dengan kami.šŸ“²
Selepas anda renew insurans kereta, anda akan diberikan pilihan untuk renew road tax anda.
Ia merupakan satu proses mudah yang memerlukan masa yang sedikit untuk disiapkan.

Terima kasih kerana memandu dengan selamat!

READ POPULAR QUESTIONS HERE

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Travel Safe with Petronas Coffee Break This Hari Raya

Complimentary Coffee, Snacks and DriveMark App to Help You Stay Safe Kuala Lumpur, 11 June 2018 – The PETRONAS Coffee Break campaign returns once again in conjunction with the upcoming...

šŸ˜‹ How to take care of newly replaced windscreen

This is the third article on a series of articles about šŸš€ Windscreen Insurance Coverage & Price List (2023), šŸš€ Claiming & Replacing broken Windscreens, and now on šŸš€ Taking...

🤩 4 RAHSIA Nak Bagi Tayar Tahan Lama

Kami pasti sangat ramai orang termasuk anda sudah sedia maklum mengenai penjagaan tayar kereta supaya tayar tahan lama. Mungkin anda tergolong dalam kumpulan yang pro dalam bab penjagaan tayar (jom...

Pemenang DriveMark Challenge 1 semasa JomLaunch 2017!

JomLaunch merupakan platform untuk ahli komuniti JomWeb melancarkan sebarang produk yang melibatkan IT. Ianya bertujuan bagi membantu projek-projek komuniti, sumber terbuka, projek persendirian mahupun komersil dapat diketengahkan.     [...]Read...

#ShareStreakLah Challenge!

You want more rewards.Ā We hear you šŸ˜ Introducing…… Ā #ShareStreakLah Challenge! This time, we want to see if you can maintain your safe driving by collecting “STREAKS”. ‘Streak’? Apa tu?  ...