Kereta murah baru…tapi selamat. Ada ke? ADA.

Sikit lagi kita dah nak masuk tahun 2021. Tahun baru, kereta baru? #eh

Setiap orang mesti ada keinginan untuk memiliki kereta tersendiri. Dah penat kerja, mestilah ada perasaan nak beri ganjaran kepada diri sendiri. ๐Ÿ˜‹
Pemilihan kereta terletak kepada citarasa setiap orang atau bakal pemilik kereta.
Sesetengah orang akan lihat kepada penjimatan minyak kereta, prestasi kereta, kereta murah, pengendalian kereta, kereta bersifat mesra alam, keselesaan dan sebagainya.

Tiada pilihan jenis kereta yang lebih bagus daripada pilihan-pilihan jenis kereta yang lain. Ini kerana setiap orang mempunyai minat dan kepentingan yang berbeza. Walau bagaimanapun, bagi kami di DriveMark, ciri-ciri keselamatan sebuah kereta tetap menjadi pilihan utama selaras dengan misi keselamatan jalan raya. ๐Ÿ’š

Kereta Yang ‘Selamat’

Apakah yang membuatkan sebuah kereta itu sebagai kereta yang selamat? ๐Ÿ’–๐Ÿš—๐Ÿ’–

Antara ciri-ciri keselamatan utama sebuah kereta merangkumi sistem penggera kereta, beg udara, brek anti-kunci (ABS), kawalan stabiliti elektronik (ESC), tali pinggang keledar, dan kunci keselamatan kanak-kanak.

kereta murah baru

Sebuah kereta juga boleh mendapatkan status sebagai kenderaan selamat secara rasmi apabila model kereta terserbut telah melalui ujian kemalangan ASEAN NCAP. Klik sini untuk melihat dan memahami bagaimana setiap model kenderaan dinilai oleh organisasi tersebut.

Senarai Kereta Murah Baru dan Selamat

Kereta murah tidak bermaksud kereta tidak selamat. Terdapat pelbagai jenis kereta murah (atau mampu milik bagi anda) di pasaran yang dikategorikan sebagai kenderaan yang selamat. Jom kita lihat senarai di bawah!

Nota: Model-model kereta yang dipaparkan dibawah disusun mengikut harga pasaran terkini dan diberikan jumlah bintang keselamatan mengikut repot ASEAN NCAP. Harga ansuran bulanan bagi setiap model kereta bagi tempoh 6 tahun dan 9 tahun adalah berdasarkan kiraan yang melibatkan kadar faedah 3.5% dan bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada jumlah harga kereta.

Harga Kereta โ‰ค RM100,000

Harga Kereta โ‰ค RM80,000

Harga Kereta โ‰ค RM60,000

Harga Kereta โ‰ค RM40,000

Model Kereta Bawah RM100,000

Model KeretaHarga (RM)Ansuran Bulanan (RM)
[6 tahun]
Ansuran Bulanan (RM)
[9 tahun]
Nilai ASEAN NCAP
Hyundai Ioniq Hybrid (2020)99,8881,510.811,094.615 โญ
Nissan Navara (2020)98,8881,495.681,083.655 โญ
Proton x70 (2020)94,8001,433.851,038.855 โญ
Chevrolet Sonic Sedan (2020)94,4861,429.101,035.414 โญ
Toyota Rush (2020)91,8851,389.761,006.915 โญ
Mitsubishi Xpander (2020)91,3691,381.961,001.254 โญ
Ford Ranger (2020)90,8881,374.68995.985 โญ
Peugeot 208 (2020)86,8881,314.18952.154 โญ
Honda BR-V (2020)86,7261,311.73950.375 โญ
Volkswagen Vento (2020)83,7091,266.10917.315 โญ
Ford Fiesta (2020)83,4011,261.44913.945 โญ
Toyota Hilux (2020)83,0821,256.62910.445 โญ
Isuzu D-Max (2020)80,1491212.25878.305 โญ

Model Kereta Bawah RM80,000

Model KeretaHarga (RM)Ansuran Bulanan (RM)
[6 tahun]
Ansuran Bulanan (RM)
[9 tahun]
Nilai ASEAN NCAP
Proton x50 (2020)79,2001,197.90867.905 โญ
Honda City (2020)78,5001,187.31860.235 โญ
Toyota Avanza (2020)77,9631,179.19854.344 โญ
Toyota Vios (2020)75,7011,144.98829.565 โญ
Honda Jazz (2020)75,3001,138.91825.165 โญ
Volkswagen Polo (2020)74,0601,120.16811.574 โญ
Mitsubishi Triton (2020)73,0761,105.27800.795 โญ
Perodua Aruz (2020)72,9001,102.61798.865 โญ
Toyota Yaris (2019)71,6881,084.28785.585 โญ
Nissan Almera (2019)65,699993.70719.954 โญ

Model Kereta Bawah RM60,000

Model KeretaHarga (RM)Ansuran Bulanan (RM)
[6 tahun]
Ansuran Bulanan (RM)
[9 tahun]
Nilai ASEAN NCAP
Proton Preve (2017)57,832874.71633.745 โญ
Proton Ertiga (2019)56,773858.69622.144 โญ
Perodua Alza (2020)49,944755.40547.304 โญ
Kia Picanto (2020)47,950725.24525.454 โญ
Proton Persona (2020)42,100636.76461.355 โญ
Perodua Myvi (2020)41,292624.54452.495 โญ

Model Kereta Bawah RM40,000

Model Kereta Harga (RM)Ansuran Bulanan (RM)
[6 tahun]
Ansuran Bulanan (RM)
[9 tahun]
Nilai ASEAN NCAP
Proton Iriz (2020) 36,700555.09402.175 โญ
Perodua Bezza (2020)35,391535.29387.835 โญ
Perodua Axia (2019)33,490506.54366.994 โญ

 

Safest driver ranking

Safest driver ranking app
DriveMark allows family members to complete to be the safest driver in the circle, thus making your family members to be safer on the road. ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Click to install DriveMark app

Kelebihan Memilih Kereta Murah Baru yang Selamatย 

Berikut merupakan beberapa kelebihan-kelebihan memilih kereta yang selamat:

  1. Mengurangkan impak kemalangan kenderaan. ๐Ÿš— <—> ๐Ÿš™
  2. Pemandu dan penumpang-penumpang, terutama kanak-kanak, terselamat daripada kecederaan yang lebih serius. ๐Ÿ‘จ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿง’
  3. Membolehkan pemandu untuk mengawal kereta dengan lebih baik semasa detik-detik cemas. ๐Ÿฆพ
  4. Mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kereta terlibat dalam kemalangan ๐Ÿš˜๐Ÿ”›

4 Tips ANDA Perlu Tahu Sebelum Beli Kereta Baru

Pemilikan sebuah kereta amat mengujakan bagi setiap orang. Lebih-lebih lagi jika pemilikan tersebut dibeli atas hasil titik peluh sendiri.๐Ÿ’ช๐Ÿ˜…ย  Ia adalah penting untuk melakukan โ€˜homeworkโ€™ anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Terdapat banyak tanggungjawab dan sejumlah wang yang perlu anda sediakan untuk memiliki kereta. Bukan sahaja ansuran pinjaman kereta bulanan yang perlu diselesaikan, malah insurans kereta, cukai jalan, servis dan penyelenggaraan juga perlu diselesaikan. Kenal pasti 4 tips yang perlu anda ketahui sebagai seorang pembeli kereta baru dibawah.

Kos kereta kurang daripada pendapatan tahunan

Kalau dilihatkan kepada pelbagai tips pembelian kereta, ramai nasihatkan penggunaan formula bank โ€˜ โ…“ pendapatan andaโ€™.
๐Ÿ™…โ€โ™€๏ธ BERHENTI.๐Ÿ™…โ€โ™€๏ธ
Ini sebenarnya boleh menyebabkan bebanan yang besar kepada anda. Sebaliknya, pilihlah kereta yang kurang daripada pendapatan tahunan anda.

Contoh: Aishah memperoleh RM3,000 sebulan, maka pendapatan tahunannya ialah RM36,000. Kereta baru yang sesuai baginya merangkumi kos sekitar RM25,000 sehingga RM35,000.ย 

Dengan pilihan yang bijak ini, anda akan mendapat lebih banyak kebebasan untuk membayar keperluan lain seperti petrol, tol, cukai jalan, insurans, tempat letak kereta, servis kereta dan sebagainya.

Bayaran bulanan โ‰ค 15%ย  pendapatan bulananย 

Formula di atas juga boleh digunakan untuk pembelian kereta. Pastikan ansuran bulanan kereta kurang โฌ‡๏ธ 15% daripada pendapatan bulanan anda.ย 
Contoh, pendapatan bulanan Aishah, RM3000 x 15% = RM450 jumlah maksimum bayaran ansuran bulanan.

Oleh itu, bayaran ansuran bulanan kereta anda seeloknya tidak melebihi RM450. ๐Ÿ”’

Dapatkan pinjaman kereta

Dah jumpa kereta yang sesuai dengan kemampuan anda? Kita beralih pula kepada pinjaman kereta. Seperti yang disenaraikan oleh Auto Sentral, terdapat 3 rahsia pinjaman kereta yang perlu anda ketahui apabila ingin mendapatkan pinjaman kereta. Rahsia-rahsia ini merangkumi:

  1. Penjamin ๐Ÿ‘ช – Pihak bank akan meminta ada untuk menyediakan dan menamakan penjamin jika anda membuat pinjaman pertama kali, sejarah kredit akaun tidak stabil, tiada sejarah kredit.
  2. Kadar faedah bankย  โ˜๏ธ๐Ÿ‘‡ย  – Kadar faedah akan lebih tinggi bagi harga kereta yang rendah dan faedah yang lebih rendah bagi harga kereta tinggi. Kadar faedah yang berbeza juga berdasarkan: kadar rujukan di setiap bank, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman, sejarah kredit peminjam, usia kereta, dan promosi pinjaman bank.
  3. Bayaran pendahuluan ๐Ÿ’ธ – Semakin banyak bayaran pendahuluan anda, semakin sedikit jumlah faedah ansuran bulanan kereta anda dan sebaliknya. Pinjaman kereta 5 tahun secara amnya mempunyai jumlah faedah yang lebih rendah berbanding pinjamin kereta selama 9 tahun.

Sila klik sini untuk baca artikel tersebut dengan lebih lanjut atau melakukan kiraan mudah bagi kadar faedah mengikut bank di iMoney.my

Kekalkan nilai kereta

Setelah berjaya memiliki kereta anda, ia adalah penting bagi anda untuk menjaga kereta tersebut dengan baik. Kereta yang dijaga dengan baik adalah bagi mengekalkan nilainya sekiranya anda mahu menjual kereta tersebut pada masa akan datang. Ya, sebuah kereta boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang menyebabkan nilainya untuk turun.
Walau bagaimanapun, penurunan ini boleh diperlahankan dari masa ke masa apabila anda: ๐Ÿงผโœจ๐Ÿ”•๐Ÿ”ง

  1. Mencuci kereta dengan kerap
  2. Baiki bunyi pelik yang datang daripada enjin kereta
  3. Pastikan bahagian dalam sentiasa bersih dan berbau segar
  4. Servis dan selenggara kereta dengan kerap
  5. Elakkan pengubahsuaian kereta secara melampau

 

Family Driving Safety app

Family driving safety app
๐Ÿ˜ Datin S. Zaharah dan keluarga menggunakan app DriveMark untuk memastikan keselamatan semasa memandu. App DriveMark akan detect sebarang kemalangan yang serius dan akan menghubungi ahli keluarga secara automatik. App DriveMark adalah percuma di Google Play dan Apple AppStore. ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Click untuk Install App

Kami berharap artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam mencari kereta yang bersesuaian dengan anda. Kalau dah jumpa kereta tersebut, jom semak harga cukai jalan kereta di artikel DriveMark: Senarai Harga Road Tax Kereta Malaysia (2020) ๐Ÿ”

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Tip Jaga Windscreen Yang Baru Ditukar

Ini merupakan artikel ketiga dalam siri artikel tentang ๐Ÿš€ Senarai Harga Windscreen/Cermin Kereta Malaysia (Terbaru 2023), ๐Ÿš€ Cara Baiki / Tukar Windscreen Kereta Yang Retak, dan artikel ini meliputi ๐Ÿš€...

DriveMark now protects the life of safe drivers

Good news everybody! We woke up last month with a dream. DriveMark should not just encourage and reward safe drivers. We want to go a step further; DriveMark should also...

Travel Safe with Petronas Coffee Break This Hari Raya

Complimentary Coffee, Snacks and DriveMark App to Help You Stay Safe Kuala Lumpur, 11 June 2018 โ€“ The PETRONAS Coffee Break campaign returns once again in conjunction with the upcoming...

โ˜Ž๏ธ Emergency Hotline Contact Number of Malaysian Insurers

For every Malaysian vehicle owner, they must make sure that their vehicle is covered under an insurance company. It is known as Motor Comprehensive Insurance, which protects your vehicle against...

Travelling By Car with Your Pets

When you adopt pets, they are considered as part of your family. As the other family members, your animal companion needs to be comfortable during car rides. Honoring the Love...