Di Malaysia, pembaikan/pertukaran windscreen kereta adalah mudah untuk dituntut daripada pihak insurans anda ๐Ÿ˜‰. Anda tidak perlu risau dengan proses yang rumit untuk baiki/tukar windscreen yang retak/pecah.

Sila ikut cara-cara mendapatkan windscreen kereta yang baru seperti di bawah:

Panduan ini telah dipisahkan kepada beberapa bahagian:

  • Bahagian A untuk Pemandu yang mempunyai perlindungan windscreen kereta.
  • Bahagian B untuk pemandu yang tidak mempunyai perlindungan windscreen kereta.
  • Nota: Jika anda tidak pasti ada perlindungan windscreen kereta atau tidak, anda boleh mengesahkan dengan melihat ‘cover note‘ insurans kereta atau menghubungi pihak insurans anda.
  • Bahagian C: Apa yang perlu dilakukan selepas anda tukar windscreen kereta?
  • Bahagian D: Kami telah menyediakan senarai pakar pembaikan cermin dibawah di penghujung artikel ini bagi memudahkan anda.๐Ÿ˜˜
Replacing broken windscreen for high end cars. Photos by DSG Auto Glass
Replacing broken windscreen for high end cars. Photos by DSG Auto Glass

Bahagian A: Saya dah ada perlindungan windscreen kereta. ๐Ÿ˜Ž
Bagaimanakah cara untuk saya tuntut penggantian windscreen?

Jika anda sudah mempunyai perlindungan windscreen kereta, pihak insurans anda akan menanggung kos pertukaran cermin kereta anda seperti berikut:

  • cermin depan
  • cermin belakang
  • cermin pintu sisi dan
  • juga cermin bumbung matahari.
Windscreen Insurance Coverage List
Windscreen Insurance Coverage List
  1. Sebelum menuntut pertukaran cermin kereta, anda perlu memastikan jika bengkel pakar pembaikan cermin kereta itu adalah salah satu daripada bengkel panel insurans kereta anda.. Sesetengah bengkel berantai yang terkenal seperti AutoGlass and DrCermin termasuk dalam senarai panel bengkel kebanyakan syarikat insurans di Malaysia. Jika kurang pasti, adalah bagus jika anda menghubungi:
    • Pihak insurans anda tentang panel bengkel pakar pembaikan cermin yang terbaik di kawasan anda.
    • Bengkel pakar pembaikan cermin tersebut dan memastikan jika bengkel mereka adalah panel bengkel insurans kereta anda. Anda boleh merujuk senarai bengkel pakar pembaikan cermin yang popular di penghujung artikel ini.
  2. Ia adalah penting untuk tahu penukaran windscreen hendaklah dilakukan di panel bengkel pakar pembaikan cermin insurans kereta anda.. Jika tidak, anda bakal berhadapan dengan proses tuntutan yang lebih rumit dan tuntutan anda berpotensi untuk ditolak oleh pihak insurans anda.
    • Tuntutan di panel bengkel pakar pembaikan cermin: Tiada pembayaran. Pihak insurans anda akan menanggung kos pembaikan/pertukaran, upah pasang, dan filem penghadang haba yang berkualiti. Tak pasti berapa harga perlindungan cermin ini? Sila rujuk ๐Ÿš€ Senarai Harga Windscreen/Cermin Kereta Malaysia (Terbaru 2020) (Nota kaki: Tahu tak kos untuk tukar cermin Lamborghini Gallardo ialah RM40,000?) ๐Ÿ˜…
    • Tuntutan di bengkel pakar pembaikan cermin yang bukan panel insurans anda: Tuntutan anda berisiko untuk ditolak oleh pihak insurans. Anda mungkin perlu menanggung kos bagi keseluruhan kos, atau separa kos pembaikan/pertukaran, upah pasang, dan filem penghadang haba (tinted).
  3. Selepas mengesahkan bengkel termasuk dalam senarai panel insurans anda, sila sediakan dokumen-dokumen seperti dibawah bagi memudahkan proses tuntutan. Bawa dokumen-dokumen tersebut ke bengkel pakar pembaikan cermin:
    • Polisi insurans kenderaan / โ€˜cover noteโ€™
    • Kad pengenalan pemandu yang diinsurankan
    • Lesen memandu pemandu yang diinsurankan
    • Kad Pendaftaran Kenderaan (Geran)
    • Laporan polis asal (jika ada)
    • Bagi kereta syarikat, sila bawa:
      • Lesen pendaftaran perniagaan (Form 9 / 13 / 24 / 49)
      • Cop syarikat
  4. Apabila dokumen-dokumen tersebut telah disediakan, anda perlu hantarkan kereta ke bengkel pakar pembaikan cermin pilihan anda. Bagi memudahkan pencarian anda, sila rujuk ๐Ÿš€ peta lokasi ini untuk bengkel yang terdekat dengan anda.
  5. Setelah berada di bengkel, anda hanya perlu memberitahu mereka untuk membaiki/menukar windscreen. Pakar pembaikan cermin tersebut akan memeriksa keadaan windscreen dan memberitahu anda jika ia perlu dibaiki atau digantikan terus.
    • Boleh dibaiki: Retakan kecil boleh dibaiki menggunakan sejenis bahan istimewa iaitu โ€˜resinโ€™ bagi memenuhi ruangan udara pada cermin kereta anda. Kos bagi pembaikan ini adalah kecil dan boleh dituntut daripada perlindungan windscreen anda. Selepas pembaikan ini, anda masih akan anda baki kepada perlindungan winsdcreen kereta anda. Dalam situasi di mana anda perlu menukar windscreen, anda boleh menuntut daripada pihak insurans sekiranya kos perukaran adalah sama dengan jumlah baki perlindungan windscreen kereta anda.
    • Perlu ditukar: Jika kerosakan adalah teruk, pakar pembaikan cermin akan menasihatkan anda untuk menukar keseluruhan windscreen kereta.
  6. Pembaikan atau pertukaran cermin kereta akan memakan masa selama 2-3 jam. Anda boleh merehatkan diri sementara menunggu proses pertukaran itu.
  7. Setelah siap, sila rujuk Bahagian C untuk penjagaan windscreen selepas pemasangan bagi memastikan windscreen tersebut telah dipasang dengan betul dan akan kekal lama.

 

Replacing windscreen on Toyota Alphard, Mercedes-Benz A-Class and Porsche. Photos by Dr Cermin
Replacing windscreen on Toyota Alphard, Mercedes-Benz A-Class and Porsche. Photos by Dr Cermin

 

Family Driving Safety app

Family driving safety app
๐Ÿ˜ Datin S. Zaharah dan keluarga menggunakan app DriveMark untuk memastikan keselamatan semasa memandu. App DriveMark akan detect sebarang kemalangan yang serius dan akan menghubungi ahli keluarga secara automatik. App DriveMark adalah percuma di Google Play dan Apple AppStore. ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Click untuk Install App

Bahagian B: Saya tiada perlindungan windscreen kereta. Boleh ke saya tuntut untuk tukar windscreen? ๐Ÿ˜ฅ

  1. Jangan risau, kami ada dua perkara untuk beritahu anda. Satu perkara adalah yang baik, dan satu perkara adalah yang kurang baik.
    • Perkara baik: Anda masih boleh tukar cermin kereta tanpa menanggung sebarang kos.. Tuntutan ini boleh dibuat terhadap polisi insurans kereta anda. Namun begitu, terdapat satu kerugian daripada tuntutan iniโ€ฆ..
    • Perkara yang kurang baik: Jika anda ingin membuat tuntutan terhadap polisi insurans kereta anda untuk menukar cermin kereta, ini akan menjejaskan diskaun tanpa tuntutan (NCD) anda.
  2. Kalau macam itu, patutkah saya buat tuntutan terhadap pihak insurans, atau lebih baik untuk menanggung sendiri kos tukar windscreen kereta? Jawapan: Dalam situasi ini, anda perlu membuat pilihan yang paling bijak dan menjimatkan.
    • Jika kadar NCD kereta anda pada tahun hadapan adalah lebih tinggi daripada kos pertukaran windscreen kereta, adalah lebih baik bagi anda menanggung kos tersebut.
    • Jika kadar NCD kereta anda pada tahun depan adalah lebih rendah daripada kos pertukaran windscreen kereta, adalah lebih baik bagi anda membuat tuntutan dan membiarkan pihak insurans menanggung kos tersebut.
  3. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pilihan yang paling terbaik dan menjimatkan?
    Jawapan: Sebagai contoh, premium insurans kereta anda adalah sebanyak RM2,500 setahun, dan anda telah mengumpul kadar NCD sebanyak 38โ…“ %. Ini bermakna kadar NCD anda pada tahun hadapan akan bertambah kepada sebanyak 45%. Jika anda tidak membuat tuntutan anda akan dapat menjimat sebanyak RM1,125 (45% daripada RM2,500) apabila anda renew insurans kereta anda.

    1. Katakan kos pertukaran windscreen kereta anda adalah RM800 (jumlah yang lebih kurang daripada RM1,125), adalah lebih wajar anda menanggung kos ini sendiri.
    2. Jika kos pertukaran windscreen kereta anda adalah RM1,500 (jumlah yang lebih tinggi daripada RM1,125), adalah lebih wajar bagi anda menuntut terhadap pihak insurans untuk menanggung kos tersebut.
  4. Untuk meneruskan dengan pertukaran cermin kereta, sila rujuk bahagian A di atas.
  5. Setelah sampai ke bengkel, beritahu pakar pembaikan cermin anda tentang tuntutan yang akan dilakukan terhadap pihak insurans (sekiranya anda memilih untuk tidak menanggung kos tersebut). Kami ingin mengingatkan anda sekali lagi โญ๏ธ tuntutan yang dilakukan tanpa tambahan perlindungan cermin kereta akan menjejaskan kadar NCD anda..

 

Automatic car accident detection and alert

Automatic car accident detection and alert
โค๏ธ En Idham dan keluarga menggunakan app DriveMark untuk memastikan keselamatan semasa memandu. App DriveMark akan detect sebarang kemalangan yang serius dan akan menghubungi ahli keluarga secara automatik. App DriveMark adalah percuma di Google Play and Apple AppStore. ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Click untuk Install App

Bahagian C: Apa yang perlu dilakukan selepas saya tukar windscreen kereta? Ada tips penjagaan windscreen tak?

Kami telah menyenaraikan cara-cara menjaga windscreen yang baru ditukar untuk anda seperti dibawah:

  1. Sila rujuk panduan kami di ๐Ÿš€ How to take care of newly replaced windscreen. Panduan ini telah disediakan untuk anda ikuti supaya windscreen kereta anda sentiasa tip top dan kekal lama. ๐Ÿฅฐ.
  2. Renew tambahan perlindungan windscreen kereta anda. Selepas menukar windscreen anda, perlindungan bagi windscreen yang lama akan ditamatkan tempoh serta merta. Jika mahu kekalkan perlindungan ini, kami sarankan anda membeli tambahan perlindungan windscreen yang baru.
  3. Semak semula status NCD anda dalam jangka masa 1-2 bulan. Ada situasi dimana pakar pembaikan cermin kereta akan membuat tuntutan terhadap polisi insurans kereta, bukan tambahan perlindungan cermin kereta anda. Kesilapan ini pernah dan/atau mungkin akan berlaku kepada anda ๐Ÿ˜ฑ . Oleh itu, kami sarankan anda untuk menggunakan ๐Ÿš€ โ€˜free NCD check serviceโ€™ untuk mengelakkan kejutan yang tidak diduga apabila anda renew insurans kereta pada tahun hadapan.

Bahagian D: Bengkel-bengkel pakar pembaikan cermin kereta yang popular di Malaysia.

Terdapat banyak bengkel-bengkel terkenal yang merupakan pakar dalam memberikan perkhidmatan berkualiti yang boleh membantu anda untuk menukar cermin kereta serta membuat tuntutan terhadap pihak insurans.

Ini merupakan senarai bengkel-bengkel yang terkenal:

AutoGlass

Cawangan di Lembah Klang – Lihat senarai bengkel.

Barakah Auto Glass

Main HQ in Johor Bahru – Lihat senarai bengkel.

CCH Windscreen

Cawangan di Lembah Klang & Penang – Lihat senarai bengkel.

Dr Cermin

Cawangan di seluruh Malaysia – Lihat senarai bengkel.

DSG Auto Glass

Setapak – Lihat info.

 

DriveMark app for safe driving

DriveMark app for safe driving
๐Ÿš˜ DriveMark automatically detect potential car crashes and notify emergency contact. The emergency contact will receive instant accident alert, including the location of the potential accident. DriveMark app is free on Google Play and Apple AppStore. ๐Ÿ‘‰๐Ÿป Click to install DriveMark app
Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Prudent Car Drivers May Be Rewarded With Car Insurance Premium Discounts

(Image: The Coverage) Written by Olivia Song for RinggitPlus, 8th February 2019 The Transport Ministry plans to start rewarding discounts on car insurance premiums toย motorists who do not have summonses...

Your Friends Can Be Heroes Too!

Hello Heroes! You know we already love you for keeping Malaysia road safe. You also know our fantastic challenges with super fantastic rewards. But, you know what more best? To...

๐Ÿ˜‹ How to take care of newly replaced windscreen

This is the third article on a series of articles about ๐Ÿš€ Windscreen Insurance Coverage & Price List (2023), ๐Ÿš€ Claiming & Replacing broken Windscreens, and now on ๐Ÿš€ Taking...

Aplikasi DriveMark Mengumpulkan Data Dan Menilai Gaya Pemanduan Anda

Katsana, salah satu syarikat yang mengumpulkan pelbagai data berkenaan dengan pemanduan di Malaysia, terkini turut telah melancarkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai DriveMark. DriveMark ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja...

Travelling By Car with Your Pets

When you adopt pets, they are considered as part of your family. As the other family members, your animal companion needs to be comfortable during car rides. Honoring the Love...