KENYATAAN MEDIA

_____________________________________________________________________________

BANDAR BARU BANGI, 11 OGOS 2020 – Peningkatan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia merupakan salah satu agenda utama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang aktif menjalankan kajian ke atas isu-isu keselamatan jalan raya sejak penubuhannya pada tahun 2007.

Selaras dengan usaha bagi meningkatkan lagi usaha tersebut melalui sektor awam dan swasta, MIROS telah memeterai Perjanjian Persefahaman dengan 13 rakan strategik keselamatan jalan raya dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), 3M Malaysia Sdn Bhd, IMU Education Sdn Bhd, Incision Malaysia, Katsana Holdings Sdn Bhd, Indonesia Road Safety Partnership, Human Resources Development Agency Ministry of Transportation,  TRISAKTI Institute of Transportation and Logistic, dan Institute of Road Traffic Education, India pada majlis hari ini.

Ketua Pengarah MIROS, Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim menyifatkan kerjasama ini merupakan satu sinergi terbaik dalam merapatkan jurang penyelidikan dan pembangunan di dalam bidang keselamatan jalan raya di antara sektor awam dan swasta bagi pembangunan penyelesaian melalui projek penyelidikan dan program bagi menangani isu-isu keselamatan jalan raya terutamanya yang melibatkan keselamatan pengguna motosikal dan kenderaan persendirian di Malaysia dan rantau ini.

Pada majlis yang sama, MIROS juga telah menyerahkan Sijil Penarafan MyExpressway MIROS kepada PLUS Expressways Berhad (PLUS), dan Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK) yang merupakan satu pengiktirafan oleh MIROS terhadap lebuh raya di Malaysia sebagai lebuh raya berprestasi baik yang mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah yang berdasarkan indeks kematian yang rendah serta reka bentuk persekitaran dan operasi trafik yang optimum dari aspek keselamatan jalan raya.

Dengan memberikan kedudukan ini kepada lebuh raya, pengguna yang menggunakan lebuh raya tersebut akan lebih peka terhadap risiko keselamatan mereka ketika melalui lebuh raya. Selain itu, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat di kalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa, tambah Ir. Dr. Khairil Anwar Abu Kassim.

Selain itu, MIROS juga telah menyerahkan Anugerah Daya Maju Industri Latihan Pemanduan (ILP) kepada PSM Group of Companies Academy (M) Berhad pada majlis tersebut di mana anugerah itu merupakan satu penghargaan oleh MIROS kepada mana-mana ILP yang menunjukkan komitmen tinggi dalam meningkatkan kualiti serta penyampaian, yang berkait terus dengan usaha Malaysia dalam meningkatkan taraf keselamatan jalan raya.

Majlis menandatangani dokumen perjanjian persefahaman di antara MIROS dan rakan-rakan strategik keselamatan jalan raya juga turut dihadiri oleh Pengerusi MIROS, Datuk Suret Singh; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad; Naib Canselor UPNM, Lt. Jen. Datuk Haji Abdul Halim Haji Jalal; Timbalan Naib Caselor (Akademik dan Antarabangsa), UMP, Prof. Dr. Mohd Rosli Hainin; Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Bin Hassan; Naib Canselor IMU, Prof. Abdul Aziz Baba; Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif, Lingkaran Trans Kota Holdings Berhad (LITRAK), En. Sazally Saidi; Naib Canselor APU, Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran; Country Leader 3M Malaysia Sdn Bhd, En. GT Lim; Presiden Incision Malaysia, Dr. Hung Wei Pin; Ketua Pegawai Eksekutif Katsana Holdings Sdn Bhd, En. Syed Ahmad Fuqaha; Wakil Kedutaan Indonesia, En. Mokhamad Farid Maruf, dan Pengarah Urusan PSM Group of Companies Academy (M) Berhad, En. Mohd Noor Mohd Arifin

###

Dikeluarkan oleh:

Unit Korporat dan Pengurusan Ilmu
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Lot 125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, SELANGOR
Tel: 03 – 8924 9200 E-mel: [email protected]

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Travel Safe and Be Rewarded with Petronas Coffee Break

Official Press Release by Petronas Dagangan Berhad on 1st February 2019 Kuala Lumpur, 1 February 2019 – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) today launched its annual Coffee Break campaign to promote...

Data company gets RM4mil boost

PIXELATED Sdn Bhd, a local data company that focuses on usage-based insurance and connected cars, has secured RM4mil in funding from Axiata Digital Innovation Fund (ADIF). The money, managed by...

DriveMark now protects the life of safe drivers

Good news everybody! We woke up last month with a dream. DriveMark should not just encourage and reward safe drivers. We want to go a step further; DriveMark should also...

Queens Behind Wheels

8th March is The International Women’s Day. It is a day to celebrate all the achievements and progress women have accomplished. We also want to celebrate so we create a...

Rebat Insurans Kereta Sehingga 30% Untuk Pemandu Berhemah

Misi utama DriveMark adalah untuk meraikan pemandu yang selamat. Ia merupakan kepercayaan kami bahawa keselamatan jalan raya itu tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap pemandu dan mereka sewajarnya diberikan ganjaran...