Kereta atau motosikal punya road tax dah mati lebih 3 tahun? 😱

Mungkin ada diantara anda yang pernah atau sedang mengalami situasi ini atas sebab-sebab tertentu seperti jarang menggunakan kenderaan tersebut sehingga tak sedar cukai jalan anda telah melebihi tempoh setahun.

Walau apa pun sebabnya, anda tidak boleh renew road tax kenderaan anda seperti biasa apabila telah melebihi tempoh 3 tahun. Terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum anda boleh renew road tax anda.

5 Langkah Mempebaharui Road Tax Mati Lebih 3 Tahun.


LANGKAH 1: Hantar kenderaan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

Jangan hantar terus ke cawangan PUSPAKOM tanpa sebarang temu janji.
Lama pula kena tunggu giliran untuk pemeriksaan nanti. ⌛

Pastikan anda membuat temu janji dahulu melalui laman web PUSPAKOM ataupun aplikasi MyPUSPAKOM. Lebih mudah dan cepat berbanding membuat temu janji di cawangan PUSPAKOM. Anda dinasihatkan untuk membuat temu janji ini sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh pemeriksaan yang anda mahu. Tak perlulah tunggu lama-lama untuk giliran anda pada tarikh tersebut.

Pemeriksaan PASPUKOM adalah penting untuk anda lakukan kerana ia merupakan syarat bagi menghidupkan cukai jalan kenderaan anda yang sudah melebihi tiga (3) tahun.

LANGKAH 2: Kenderaan dalam keadaan elok. 🚗✨

Langkah ini memainkan peranan besar untuk memudahkan kenderaan anda untuk lulus dalam peperiksaan. Jika perlu, baiki bahagian mana-mana yang tidak berfungsi seperti tayar, brek, lampu isyarat, lampu brek dan lain-lain.

Kalau nak lebih elok, cucilah kenderaan anda supaya pegawai PUSPAKOM ceria sikit nak periksa nanti. 😎

 

Car Accident Alert app

Accident alert app
🚘 DriveMark automatically detect potential car crashes and notify emergency contact. The emergency contact will receive instant accident alert, including the location of the potential accident. DriveMark app is free on Google Play and Apple AppStore. 👉🏻 Click to install DriveMark app 

 

LANGKAH 3: Dapatkan permit perjalanan sementara di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Macam mana pula nak bawa kenderaan ke tempat pemeriksaan kalau road tax dah mati? 🤔

Jangan risau. Anda boleh ke cawangan JPJ yang terdekat untuk mendapatkan permit perjalanan sementara. Kalau nak cepat, borang permit (JPJ K12) di laman web JPJ telah pun disediakan untuk anda cetak dan lengkapkan. Hanya tinggal proses pengesahan pegawai sahaja setelah anda sampai di cawangan JPJ tersebut.

Mungkin ada sesetengah pemandu atau penunggang rasa permit sementara ini meremehkan sebab bukan selalu ada sekatan jalan raya (road block). Walau bagaimanapun, anda tetap melanggar undang-undang jalan raya dan berisiko untuk dikenakan saman jika ditahan. Anda digalakkan untuk membuat pilihan yang betul.

LANGKAH 4: Hari Pemeriksaan💯

Selepas segala persiapan yang telah dilakukan, pastikan anda bawa dokumen yang diperlukan pada hari pemeriksaan. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah geran kenderaan, kad pengenalan, lesen memandu, dan permit perjalanan sementara. 

Pada hari pemeriksaan, anda perlu daftar, bayar, dan tunggu pegawai PUSPAKOM membuat kerja-kerja pemeriksaan atas kenderaan anda. Mereka akan memeriksa bahagian kenderaan seperti brek, lampu signal dan sebagainya seperti yang disenaraikan di sini.

Jika anda lulus, anda akan diberikan repot/sijil pemeriksaan pasa hari yang sama. Pastikan anda renew road tax kenderaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bermula daripada hari pengeluaran repot/sijil tersebut.

LANGKAH 5: Renew roadtax DAN insurans

Langkah terakhir ini paling mudah sekali kerana ia memakan masa yang singkat untuk diselesaikan. Selalunya, proses biasa adalah pergi ke cawangan JPJ atau pejabat pos untuk renew road tax.

Nak jimat lebih banyak masa, tenaga, dan juga minyak kereta/motor?

Renew lah bersama DriveMark! Sambil makan atau baring pun boleh siap cepat. Siap ada servis hantar terus ke rumah atau pejabat sekali.  Nak renew insurans kereta sekali pun boleh. Siap boleh dapat cashback sehingga 30%! (Yang renew dengan DriveMark sahaja berpeluang untuk dapat cashback ini 😜)

Tak pasti macam mana nak renew? Klik pada panduan ini.

National safest driver challenge malaysia

malaysia safest driver challenge
🚘 DriveMark is a free app that automatically score your driving behavior. Participate in seasonal Safest Driver Challenges to win cool prizes. After all, all you need to do is to drive safe and compete with other drivers. 👉🏻 Click to install DriveMark app

 

Soalan Berkaitan Road Tax Mati Lebih 3 Tahun

1. Kalau gagal pemeriksaan, boleh ke cuba lagi?

Boleh, jangan risau. Pastikan anda kenal pasti perkara yang menyebabkan kenderaan tidak lulus dan baiki semula. Ikut semula lima langkah seperti yang diseneraikan di atas dalam jangka masa tiga puluh (30) hari bermula daripada hari pengeluaran repot/sijil tersebut.

2. Boleh ke renew road tax kalau ada saman tertunggak?

Untuk memudahkan proses renew road tax kenderaan, anda digalakkan untuk menyelesaikan saman yang tertunggak (sekiranya ada). Proses renew road tax akan terganggu sekiranya anda mempunyai sebarang saman daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

3. Kalau saya nak hantar wakil untuk pemeriksaan kenderaan boleh ke?

Boleh. Pemilik kenderaan perlu mendapatkan borang wakil yang boleh didapatkan dimana-mana cawangan PUSPAKOM. Wakil pemilik kenderaan hanya perlu membawa borang tersebut untuk diserahkan kepada pegawai PUSPAKOM pada hari pemeriksaan.

4. Repot/sijil pemeriksaan saya hilang. Apa yang saya kena buat?

Anda hanya perlu ke cawangan PUSPAKOM dimana pemeriksaan telah dijalankan ke atas kenderaan anda untuk mendapatkan sijil ganti. Anda akan dikenakan caj sebanyak RM25 untuk menggantikan repot, dan RM20 untuk menggantikan sijil.

Pastikan ia dilakukan dalam jangka masa tiga puluh (30) hari bermula daripada hari pengeluaran repot/sijil tersebut.

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Hazard Lights For Heavy Rain Is A Bad Idea

Let’s ask ourselves: How many Malaysians still use hazard lights so others can see them during heavy rain or thunderstorms? via GIPHY People say we use hazard light to become more...

DriveMark September Hero

Bernard Henry What does it take to be a super hero?  Does a super hero must be a vigilan-teh who wears all black, has a loyal butler and want to...

Katsana signs MoU with Allianz, Etiqa and Axiata to develop usage-based motor insurance, DriveMark app

The motor insurance sector entered into the new era of phased liberalisation in July, with full detariffication scheduled to take place in 2019. It’s now a free market, and vehicle...

Your Friends Laugh At You For Driving Safe, This Malaysian App Will Pay You Instead

Written by Nicholas Ker for VulcanPost on 1st February 2019 We recently discovered that Malaysia is (unsurprisingly) ranked at 3rd in the world for road fatalities in emerging markets. This...

Travel Safe with Petronas Coffee Break This Hari Raya

Complimentary Coffee, Snacks and DriveMark App to Help You Stay Safe Kuala Lumpur, 11 June 2018 – The PETRONAS Coffee Break campaign returns once again in conjunction with the upcoming...