TAHUKAH anda Malaysia berada di kedudukan ke-16 di dunia yang melibatkan statistik tertinggi kemalangan jalan raya? Statistik itu juga amat membimbangkan, namun masih ada peluang untuk mengubah senario tersebut.
Pixelated Sdn Bhd (Katsana) hadir dengan misi utamanya untuk menjadikan jalan raya di Malaysia lebih selamat.
Pengasasnya, Syed Ahmad Fuqaha Sd Agil berkata, menggunakan teknologi Katsana untuk menilai pemandu, pasukannya kini memperkenalkan aplikasi baharu, DriveMark.
āIa melatih pemandu untuk menjadi pemandu yang lebih baik dan selamat dengan mengesan corak berisiko seperti memecut secara kasar, berhenti secara mengejut, atau membelok secara kasar ketika sedang laju,ā katanya.
Menurutnya, secara mudahnya, DriveMark membenarkan pemandu untuk menilai diri mereka sendiri di atas jalan raya.
āAplikasi telematik ini kemuncak hasil kerja gabungan antara telematik dan juga sistem penjejak kereta.
āDriveMark akan menjadi batu loncatan untuk kami menjadi penyedia insurans berasaskan penggunaan di Malaysia dan dalam masa yang sama menjadi pemangkin kepada pemanduan yang selamat,ā katanya.
Jelasnya, orang ramai hanya perlu dimuat naik aplikasi itu melalui Apple Apps Store atau Google Play secara percuma untuk dipasang di telefon mudah alih.
āDriveMark akan beroperasi secara automatik pada peranti pemandu tanpa perlu input daripada pengguna. Ia telah direka untuk berfungsi di belakang tabir menentukan pergerakan pemanduan pemandu secara bijaknya.
āApabila pemanduan berhenti, DriveMark akan menyediakan kepada pemandu markah perjalanan tersebut dan memberitahu kecenderungan pemandu untuk memandu secara melulu berdasarkan empat komponen utama,ā katanya.
Kos pembangunan lebih RM5 juta
Mengambil tempoh hampir setahun untuk pembangunan teknologinya, Syed Ahmad Fuqaha berkata, DriveMark menelan kos peruntukan lebih RM5 juta.
āDriveMark ini baru sahaja dilancarkan pada awal September lalu dan telah pun dimuat turun oleh 4,000 pengguna dalam masa dua bulan.
“Kami yakin penggunaannya akan terus meningkat dan kami sentiasa bersedia untuk menambah baik teknologi ini agar memberi lebih manfaat kepada orang ramai,” katanya yang juga menyasarkan 20,000 pengguna DriveMark sehingga hujung tahun ini.
Syed Ahmad Fuqaha berkata, aplikasi tersebut ditawarkan secara percuma dengan penggunaan yang sangat mudah.
āPemandu tidak perlu membuka aplikasi tersebut setiap kali memandu asalkan fungsi GPS telah diaktifkan sepanjang masa
“DriveMark juga menjimatkan bateri telefon pintar pengguna kerana akan menjadi tidak aktif apabila pengguna tidak memandu.
āMalah ia bertukar kepada mod aktif dan menggunakan bateri hanya apabila anda bergerak,ā katanya.
Ujarnya, selain merekod markah pemandu, aplikasi tersebut juga boleh berkongsi maklumat pemarkahan dengan keluarga dan rakan-rakan pemandu.
āPemandu boleh menjemput keluarga atau rakan untuk menggunakan aplikasi sama dan berinteraksi bagi melihat cara pemanduan masing-masing.
āDengan perkongsian itu, secara tidak langsung, ahli dalam kumpulan boleh menegur ahli yang mempunyai markah rendah dalam pemanduan mereka untuk memandu dengan lebih selamat,ā katanya.
Bekerjasama dengan agensi insurans
Bertepatan pengenalan aplikasi tersebut, Katsana juga bekerjasama dengan pihak insurans untuk menyediakan diskaun insurans motor kepada pemandu yang mendapat markah DriveMark yang tinggi.
āSesuai dengan pengumuman liberalisasi insurans motor, maka dengan penggunaan DriveMark, ia bantu agensi tersebut mengenal pasti markah pemanduan pengguna.
āNamun, data tersebut tidak boleh terus diakses oleh pihak insurans. Kerana kami secara spesifiknya mereka DriveMark untuk membina pemandu. Data identifikasi pemandu tidak akan dikongsi tanpa keizinan mereka. Setelah diberi keizinan baharu pihak kami akan kongsi kepada pemilik insurans terpilih,ā katanya.
Article from: The Sinar Harian
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
Queens Behind Wheels
8th March is The International Womenās Day. It is a day to celebrate all the achievements and progress women have accomplished. We also want to celebrate so we create a...
Kisah Seram di Jalan Raya
CNY dah hampir tiba dah, and we know la u gais excited nak balik kampung or jalan-jalan masa cuti panjang ni. Ada yang lagi suka guna highway, dan ada juga...
𤩠4 RAHSIA Nak Bagi Tayar Tahan Lama
Kami pasti sangat ramai orang termasuk anda sudah sedia maklum mengenai penjagaan tayar kereta supaya tayar tahan lama. Mungkin anda tergolong dalam kumpulan yang pro dalam bab penjagaan tayar (jom...
#ShareStreakLah Challenge : Grand Finale
It is very sad for us to end #ShareStreakLah Challenge…. BUT hey, we donāt want to sedih-sedih and say goodbye macam tu je. Thatās why we decided to make it...
#ShareStreakLah Challenge!
You want more rewards.Ā We hear you š Introducing…… Ā #ShareStreakLah Challenge! This time, we want to see if you can maintain your safe driving by collecting “STREAKS”. ‘Streak’? Apa tu? ...