Bagi setiap pemilik kereta, adalah wajib bagi mereka untuk mempunyai perlindungan insurans kereta atas tujuan perlindungan kepada diri sendiri dan kereta masing-masing. Sebagai satu ganjaran, pihak insurans telah mewujudkan suatu jenis diskaun untuk pelan perlindungan ini iaitu NCD.

Apakah itu NCD?

No Claim Discount (istilah yang lebih dikenali sebagai NCD) atau diskaun tanpa tuntutan adalah sesuatu diskaun insurans kereta yang ditawarkan kepada anda:

  • apabila anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam jangka masa 12 bulan daripada tarikh pembelian insurans kereta DAN
  • jika tiada sebarang tuntutan yang dibuat terhadap anda oleh pihak ketiga.

NCD memainkan peranan yang besar dalam menentukan jumlah yang perlu anda bayar kepada pihak insurans. Ini kerana tawaran kadar diskaun boleh mencapai sehingga 55% 🤩 kepada keseluruhan jumlah bayaran perlindungan insurans kereta atau pelan takaful motor.

Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan, makin tinggi kadar diskaun yang akan anda dapat. Kadar diskaun tanpa tuntutan ini akan diterhadkan pada 55% selepas 5 tahun tanpa sebarang tuntutan terhadap perlindungan insurans kereta anda.

Adakah kadar NCD berbeza bagi jenis kenderaan?

Kadar NCD adalah berbeza bagi jenis kenderaan seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Motor Tariff. Ia dibahagikan kepada:

  • kereta persendirian & syarikat
  • kenderaan komersil (motorsikal, teksi, lori A & C Permit & ‘Special Vehicle’)

No Claim Discount (NCD) Rate in Malaysia

Period of No Claims MadePrivate CarCommercial Vehicle
First year0%0%
Second year25%15%
Third year30%20%
Fourth year38.33%25%
Fifth year45%25%
After fifth year55%25

Seperti yang disediakan pada jadual di atas, anda akan dapat jimat lebih banyak duit apabila anda sentiasa memandu dengan selamat.

Saya nak tukar NCD kepada kereta baru, boleh ke?

Boleh. Pada kebiasaanya, pemilik kereta yang ingin menukar NCD setelah mengumpul kadar diskaun yang tinggi adalah supaya dapat berjimat duit dalam membayar insurans kereta yang lebih baru.

Pastikan kesemua kereta tersebut milik anda dan didaftarkan atas nama dan no. kad pengenalan anda sebelum tukar NCD kepada kereta baru.

Car Crash Alert app

Car Crash alert app
🚘 DriveMark automatically detect potential car crashes and notify emergency contact. The emergency contact will receive instant accident alert, including the location of the potential accident. DriveMark app is free on Google Play and Apple AppStore. 👉🏻 Click to install DriveMark app

 

Berikut adalah cara-cara untuk anda tukar NCD:

LANGKAH 1: Dokumen Peribadi & Tunai 💳💰
Sediakan salinan kad pengenalan, salinan maklumat bank, dan sedikit wang tunai.

Mengapa wang tunai? Jika terdapat sebarang baki kepada premium insurans kereta lama, anda perlu menyelesaikan pembayaran baki tersebut.
Sebagai contoh: Anda ingin menukar NCD daripada kereta A kepada kereta B. Insurans kereta A tamat pada bulan 7/2020 dan sekarang masih bulan 5/2020. Anda perlu selesaikan baki premium insurans untuk bulan 6 dan 7.

LANGKAH 2: Borang Pemindahan NCD 🧾
Anda boleh memilih untuk ke cawangan insurans / ejen insurans yang melindungi kereta lama anda. Isikan dah tandatangan borang pemindahan NCD tersebut. Satu salinan surat akan diberikan kepada anda setelah proses pemindahan selesai.
Borang ini diperlukan sekiranya insurans kereta lama anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh.

LANGKAH 3: Insurans kereta lama sudah tamat tempoh 🔚
Anda boleh melangkau Langkah 2 jika anda berada di situasi ini. Apabila anda hendak tukar NCD kepada kereta baru anda, hanya nombor cover note perlindungan insurans kereta lama yang akan diperlukan. Anda juga digalakkan untuk menyimpan salinan insurans kereta lama yang mempunyai kadar NCD yang paling tinggi.

LANGKAH 4: Semak NCD 🔎 
Sebagai langkah proaktif, anda patut menyemak NCD anda setelah tukar NCD kepada kereta baru anda. Gunakan 🚀 servis percuma online MyCarInfo untuk melihat kadar NCD kereta baru anda.

Jangan risau, maklumat yang perlu diberikan dalam portal tersebut adalah selamat. Ini kerana MyCarInfo adalah hakmilik Insurance Services Malaysia Berhad.

Penting ke untuk tukar NCD kepada kereta baru?

Penting! Siapa yang tidak mahu jimat duit semasa berbelanja, bukan? 😜
Apabila anda tukar NCD daripada kereta lama kepada kereta baru, anda akan mendapat diskaun (bergantung kepada nilai NCD kereta lama) dan berjimat dengan lebih banyak.

Sebagai contoh, Ahmad mempunyai dua buah kereta iaitu sebuah kereta lama – Proton Wira (2006) dan kereta baru – Honda City (2020). Premium insurans bagi kereta Proton Wira adalah RM500 (NCD 55%), manakala premium insurans bagi kereta Honda City adalah RM1,600 (NCD 0%).

cara-tukar-ncd-kereta-baru

 

Jika dilihatkan pada rajah di atas, Ahmad akan lebih banyak berjimat sekiranya dia menukar NCD daripada kereta Proton Wira kepada Honda City.

Punca-punca yang mungkin tidak membolehkan anda untuk tukar NCD

Punca 1: Tukar NCD kepada orang lain.

Anda tidak boleh menukar NCD atas nama orang lain. Ini kerana NCD terikat kepada no. kad pengenalan pemilik kereta masing-masing. Walaupun anda memberi orang lain untuk memandu kereta anda, NCD itu akan kekal atas nama anda sendiri.

Punca 2: Menggunakan pihak ketiga untuk tukar NCD.

Proses pertukaran NCD harus dilakukan oleh penama yang ditetapkan pada insuran kenderaan atas tujuan pengesahan. Anda tidak boleh mewariskan ejen/dealer atau sesiapa untuk tukar NCD.

Punca 3: Menukar NCD daripada kenderaan jenis komersil kepada kenderaan persendirian.

NCD hanya boleh ditukar kepada kenderaan berjenis sahaja. Peraturan yang sama juga ditetapkan pada kenderaan berkelas. Seperti contoh, anda tidak boleh menukar NCD motorsikal kepada kereta anda dan sebaliknya.

Car Accident Alert app

Accident alert app
🚘 DriveMark automatically detect potential car crashes and notify emergency contact. The emergency contact will receive instant accident alert, including the location of the potential accident. DriveMark app is free on Google Play and Apple AppStore. 👉🏻 Click to install DriveMark app 

 

Kami berharap artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam proses menukar NCD kepada kereta anda. Mahu baca lebih lanjut tentang NCD? Jom ke 🚀 No Claim Discount (NCD) – The Complete Guide for Malaysia car owners.

Drive Safe! 😉

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Easy Car Organization Hacks

Our car is like our second home. And like home, we’d want to keep it comfortable, right? These hacks are super easy to do to keep our car clean and...

September Challenge Winners!

Hello DriveMark Heroes! Announcing winners for the DriveMark September Challenge! Congratulations to our Heroes, and also to the Lucky Draw Winners. If you are not so lucky this month, don’t...

KATSANA signs MoU to drive forward Usage-based Insurance

KUALA LUMPUR: Usage-based Insurance (UBI) is a platform that is no longer foreign in this “Internet of Things” (IoT) world. However, not many in Malaysia are familiar with this mechanism...

Kuiz ‘Child Seat’ Untuk Parents!

[playbuzz-item wp-pb-id=”144442″ item=”9ec0e640-43c6-4d0c-a685-7b149e440171″ info=”false” shares=”false” comments=”false” recommend=”undefined”] Jangan lupa untuk kongsi dan tag rakan-rakan anda kuiz ini berserta hastag #drivesaferlah. 50 individu bertuah bakal memenangi voucher RM30 petrol. [...]Read More...

DriveMark now lets you renew Car Insurance

We know that it is super leceh and pening kepala to renew car insurance. Last year your parents renew for you, this year forget how already [facepalm]. Introducing Car Insurance...