Perodua Myvi merupakan satu model yang paling laris terjual di Malaysia. Dari tahun 2006 sehingga 2013, jualan Myvi adalah paling top mengalahkan semua jenama dan model kereta yang lain. Model ini telah terjual lebih 1.2 juta unit di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2005!
Bagi kebanyakan orang, Myvi ini sangat dekat di hati 😘 kerana biasanya ia model yang pertama kali dibeli terutama bagi golongan muda-mudi yang baru graduate dari universiti dan pertama kali bekerja.
Generasi-generasi model Perodua Myvi
Perodua Myvi ada beberapa generasi sejak tahun 2005. Setiap satu generasi membawa perubahan dari segi styling, performance, ciri keselamatan, dan teknologi terbaru.
- Generasi pertama – M300 (Tahun 2005 hingga 2011)
- Generasi kedua – M600 (Tahun 2011 hingga 2017)
- Generasi ketiga – M800 (Tahun 2017 hingga sekarang)
Perodua Myvi pada permulaannya terhasil dari kolaborasi antara Toyota dan Daihatsu.
Namun berbeza dengan generasi sebelumnya, Perodua Myvi generasi ketiga direka sepenuhnya oleh pakar-pakar tempatan berasaskan design & styling Perodua tersendiri. 🤩
Perodua Myvi generasi ke-tiga adalah sebuah kereta yang baru sepenuhnya. Toyota dan Daihatsu hanya memberikan nasihat dan enjin kepada Perodua manakala seluruh bahagian yang lain direka oleh anak tempatan. Enjin-enjin baru ini juga telah mendapat sentuhan Perodua untuk menaikkan penjimatan minyak. Penjimatan minyak adalah satu komponen yang penting bagi membolehkan Perodua Myvi mendapat standard EEV (Energy Efficient Vehicle).
Cara Kira Harga Roadtax Perodua Myvi (dari tahun 2005 hingga sekarang)
Harga roadtax Perodua Myvi / Harga cukai jalan Perodua Myvi dikira berasaskan nilai kapasiti enjin (cubic-capacity, cc). Sistem pengiraaan berdasarkan kapasiti enjin bermakna enjin yang lebih besar akan membayar roadtax yang lebih tinggi.
Oleh kerana setiap generasi (dan variasi model) Perodua Myvi mempunya saiz kapasiti enjin yang berbeza-beza, makan harga roadtax Perodua Myvi juga berbeza-beza mengikut keupayaan kereta anda.
Untuk mengetahui harga sebenar cukai jalan/roadtax yang anda perlu bayar untuk Perodua Myvi, anda juga perlu tahu maklumat di bawah:
- Generasi dan Variasi Enjin Perodua Myvi anda
- Generasi Pertama (2005-2011), mempunyai enjin-enjin berikut:
- 989cc (1.0 Litre)
- 1,298cc (1.3 Litre)
- Generasi Kedua (2011-2017), mempunyai enjin-enjin berikut:
- 1,298cc (1.3 Litre)
- 1,495cc (1.5 Litre)
- Generasi Ketiga (2017-sekarang), mempunyai enjin-enjin berikut:
- 1,329cc (1.3 Litre)
- 1,496cc (1.5 Litre)
- Generasi Pertama (2005-2011), mempunyai enjin-enjin berikut:
- Lokasi kegunaan kereta
- Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menetapkan harga roadtax kereta yang berbeza bergantung kepada lokasi kegunaan kereta ada.
- Jika anda guna kereta itu di Sabah & Sarawak, anda akan membayar harga roadtax Perodua Myvi yang lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia.
- Harga roadtax yang lebih rendah di Sabah & Sarawak disebabkan kualiti jalan raya yang kurang baik.
- Jenis kegunaan kereta
- 🚗 Kegunaan secara persendirian
- atau 🚚 Kegunaan Syarikat
- Bentuk badan kenderaan (sama ada kereta Saloon atau kereta bukan Saloon)
- 🚗 Saloon: Sedan / Hatchback / Coupe / Wagon / Convertible (Perodua Myvi dianggap sebagai hatchback)
- 🚙 Bukan Saloon: MPV / SUV / Pick-ups / Commercial
Untuk penerangan lebih mendalam mengenai cara pengiraan roadtax di Malaysia, anda boleh refer kepada artikel ini 🚀 Senarai Lengkap Harga Road Tax Kereta Malaysia (2020)
Senarai penuh harga Roadtax / Cukai Jalan Myvi
Seperti yang diterangkan di atas, harga cukai jalan Myvi bergantung kepada model kereta anda. Untuk memudahkan pengguna laman ini, 😊 kami bantu senaraikan harga roadtax Myvi dan juga telah asingkan senarai berdasarkan kawasan kegunaan kereta ini.
😍 Nota kaki: Ingin dapatkan pulangan cashback tunai setiap bulan? Renew insurans/takaful kereta anda melalui DriveMark untuk menyertai Safe Driver Cashback yang memberikan ganjaran tunai setiap bulan kepada pemandu yang berhemah. Click link ini untuk dapatkan ⭐️ Sebut Harga insurans kereta anda.
Perodua Myvi Road Tax Price / Harga Cukai Jalan
Car Model | Cubic-capacity | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
---|---|---|---|
Perodua Myvi 1.0L 1st Generation 2005-2011 | 989cc | RM20.00 | RM20.00 |
Perodua Myvi 1.3L 1st Generation 2005-2011 | 1,298cc | RM70.00 | RM56.00 |
Perodua Myvi 1.3L 2nd Generation 2011-2017 | 1,298cc | RM70.00 | RM56.00 |
Perodua Myvi 1.5L 2nd Generation 2011-2017 | 1,495cc | RM90.00 | RM72.00 |
Perodua Myvi 1.3L 3rd Generation 2017-now | 1,329cc | RM70.00 | RM56.00 |
Perodua Myvi 1.5L 3rd Generation 2017-now | 1,496cc | RM90.00 | RM72.00 |
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
Easy Car Organization Hacks
Our car is like our second home. And like home, we’d want to keep it comfortable, right? These hacks are super easy to do to keep our car clean and...
Road Tax mati lebih 3 tahun? 5 PERKARA Kena Buat!
Kereta atau motosikal punya road tax dah mati lebih 3 tahun? 😱 Mungkin ada diantara anda yang pernah atau sedang mengalami situasi ini atas sebab-sebab tertentu seperti jarang menggunakan kenderaan...
MIROS signs MoU with DriveMark, IMU Malaysia, and Incision Malaysia for Nationwide Road Safety Awareness Campaign
SAFE DRIVE, SAVE LIVES Collaboration Towards a Nationwide Road Safety Campaign to raise awareness of road traffic accidents and reward safe driving behaviours between MIROS, IMU, InciSioN Malaysia and DriveMark...
Travel Safe and Be Rewarded with Petronas Coffee Break
Official Press Release by Petronas Dagangan Berhad on 1st February 2019 Kuala Lumpur, 1 February 2019 – PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) today launched its annual Coffee Break campaign to promote...
Crowd movement pattern during Covid19 crisis
During this period of Restricted Movement Order, DriveMark has a unique opportunity to understand how well Malaysians comply to the #StayAtHome directive. You see, DriveMark is app that collects driver...