Ini merupakan artikel ketiga dalam siri artikel tentang 🚀 Senarai Harga Windscreen/Cermin Kereta Malaysia (Terbaru 2023), 🚀 Cara Baiki / Tukar Windscreen Kereta Yang Retak, dan artikel ini meliputi 🚀 Tip Jagaan Windscreen Yang Baru Ditukar.

Mungkin sekarang ini, anda sudah pun menukar cermin kereta anda yang retak atau pecah. Ia adalah penting untuk anda tahu bagaimana untuk jaga windscreen yang telah retak atau pecah. Jagaan in adalah untuk memastikan cermin kereta anda akan kekal lama, dan melindungi anda daripada cuaca secukupnya. Anda telah pun melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk menukar cermin kereta anda. Ia adalah penting bagi anda untuk menjaga pelaburan ini. Sebagai contoh, cermin kereta bagi sebuah kereta Proton X70 akan memakan kos sebanyak RM1500 untuk ditukar.

Ikuti tips ini untuk jaga windscreen baru kereta anda.

  • 2 jam pertama selepas menukar windscreen
  • 48 jam pertama selepas menukar windscreen
  • Tanda-tanda pemasangan windscreen tidak dilakukan dengan betul
Tips when replacing car windscreen
Tips when replacing car windscreen

2 jam pertama adalah kritikal untuk jaga windscreen anda.

  1. 2 jam pertama pertukaran: Cuba untuk tidak memandu sejurus selepas tukar windscreen atau melakukan perjalanan yang jauh. Sejenis gam atau pelekat akan digunakan untuk mengikat cermin kepada rangka kereta semasa tukar windscreen. Ini adalah untuk elakkan cermin itu daripada bergerak atau terkeluar daripada rangka kereta semasa memandu, dan perlindungan terhadap cuaca supaya air tidak memasuki kabin kereta. Anda tidak disarankan untuk memandu semasa gam atau pelekat masih basah.
  2. Anda perlu memberikan masa untuk gam atau pelekat itu untuk kering dan cermin kereta telah terikat kepada rangka kereta sepenuhnya. Demikian itu, kami sarankan anda untuk tidak memandu sejurus selepas pemasangan cermin kereta selesai. Pakar pembaikan cermin kereta yang bagus akan mengingatkan anda tentang ini. Anda hanya perlu merehatkan diri di mana-mana kedai makan yang terdekat sementara menunggu gam atau pelekat untuk kering.
  3. Apabila menukar windscreen, anda perlu beri perhatian kepada serpihan kaca yang pecah, atau serpihan benda tajam yang mungkin tertinggal daripada pemasangan tersebut. Sekali lagi, pakar pembaikan cermin kereta yang bagus akan memastikan kabin dan bahagian-bahagian kereta yang lain bersih daripada sebarang serpihan sebelum memulangkan kereta kepada anda. Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh melakukan satu pemeriksaan supaya tiada serpihan yang boleh membahayakan anda dan keluarga anda.

 

 

Driving Reward App

Driving Reward app
😘 Be a safe driver like Mr Anthony Cheng. By installing DriveMark and driving safe on the road, Mr Cheng won monthly and seasonal rewards. Who says driving safely isnt rewarding? DriveMark app is free on Google Play and Apple AppStore. 👉🏻 Click to install DriveMark app

 

Untuk 48 jam pertama, sila ikut tips seperti di bawah untuk memastikan penggunaan windscreen kekal lama.

  1. Jangan memandu ketika cuaca hujan kerana ia akan mencairkan gam cermin kereta dan anda perlu menggunakan pengelap. Getaran daripada pengelap tersebut dan air hujan akan menyebabkan daya tekanan yang melemahkan gam cermin kereta.
  2. Biarkan tingkap terbuka sedikit untuk mengimbangkan tekanan udara di dalam dan luar kabin kereta anda. Tekanan udara yang tidak seimbang akan mengurangkan kualiti pelekat atau gam yang terdapat pada rangka kereta. Anda hendaklah melakukan ini dalam jangka masa 24 jam pertama untuk memastikan tekanan udara dapat membantu menguatkan ikatan dan mengelakkan sebarang pembocoran daripada berlaku.
  3. Ia adalah lebih baik untuk menutup pintu kereta anda bersama tingkap yang biar dibukakan sedikit. Sama seperti tip di atas, pintu yang ditutup bersama cermin yang ditutup rapat dapat menyebabkan tekanan udara yang tinggi boleh membuka saluran udara dalam pelekat tersebut. Saluran udara ini akan menjadi punca kebocoran pada pelekat yang telah kering.
  4. Pastikan kawasan berdekatan cermin kereta bersih daripada sebarang objek, di dalam dan di luar kabin. Objek yang diletakkan berdekatan dengan cermin kereta akan mengurangkan kualiti pelekat yang sedang mengering kerana objek tersebut akan menyebabkan daya tekanan tidak seimbang semasa memandu. Objek seperti kotak tisu boleh menyebabkan pelekat daripada mengering secukupnya apabila terletak berdekatan cermin kereta.
  5. Pita pelekat akan diletakkan pada windscreen kereta. JANGAN BUANG pita tersebut. Pita ini digunakan untuk membaiki windscreen kereta, dan memastikan cermin tidak akan bergerak. Ia mungkin akan menggangu pandangan anda, tetapi anda hanya perlu membiarkan pita tersebut selama 2-3 hari.
  6. Jangan mencuci kereta anda dalam beberapa hari di kedai cuci kereta atau menggunakan mesin cuci tekanan tinggi. Pencucian kereta menggunakan mesin cuci tekanan tinggi akan menyebabkan peralihan pelekat yang belum kering dan mengelakkan pelekat tersebut daripada kering secara optimum. Jika kereta anda terlalu kotor dan anda tidak boleh tunggu 2 hari, pilih untuk cuci kereta tersebut secara sendiri dan tidak menggunakan mesin cuci tekanan tinggi pada cermin kereta tersebut.
  7. Pandu dengan selamat. Pandu dengan penuh hemah dan elakkan pecutan secara mendadak seperti kelajuan tinggi, atau brek secara tiba-tiba. Pecutan seperti ini boleh memberi tekanan pada cermin kereta dan menjejaskan kedudukannya.
  8. Pandu dengan perlahan semasa melalui ‘speed bumps’ dan jalan tidak rata Pandu melalui ‘speed bumps’ / jalan tidak rata yang boleh menjejaskan kedudukan pelekat windscreen kereta. Jika anda tidak berhati-hati selepas pemasangan windscreen, kedudukannya pasti akan terjejas.

 

Car Crash Alert app

Car Crash alert app
🚘 DriveMark automatically detect potential car crashes and notify emergency contact. The emergency contact will receive instant accident alert, including the location of the potential accident. DriveMark app is free on Google Play and Apple AppStore. 👉🏻 Click to install DriveMark app

 

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Best Weekend Staycations in Klang Valley

The weekend of a long CNY holiday is finally coming. Some of you are still in vacation mood, some got back to work already (me), and some of you still...

Road Tax mati lebih 3 tahun? 5 PERKARA Kena Buat!

Kereta atau motosikal punya road tax dah mati lebih 3 tahun? 😱 Mungkin ada diantara anda yang pernah atau sedang mengalami situasi ini atas sebab-sebab tertentu seperti jarang menggunakan kenderaan...

Sukan SEA – Semi Final Bola Malaysia vs Indonesia

Sekitar perlawanan bola sepak semasa Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia pada 26 Ogos 2017. [...]Read More...

Fresh Grad & Kereta Baru, amboi, amboi…

Kalau duduk rumah sewa, tapi pakai kereta mewah, amboi, amboi.. Itulah ayat tipikal generasi milenia kita yang kurang skill ukur baju di badan sendiri. Tapi to be honest, maybe bukan...

Nak menang petrol voucher RM100? Jadilah 7 pemandu terbaik app DriveMark®

DRIVEMARK HERO CHALLENGE #3 Contest Period: 16-30 November 2017       [...]Read More...