KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, pemandu berhemah di negara ini bakal mendapat ganjaran rebat petrol dan tol.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata cadangan itu dikemukakan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) hari ini.
Katanya, cadangan berkenaan amat baik dan Kementerian Pengangkutan komited untuk mempertimbangkannya dalam usaha melahirkan pemandu berkhemah, sekali gus menangani isu keselamatan dan kemalangan di jalan raya.
āKita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.
āSewaktu melawat sekitar pameran tadi, wakil PETRONAS memberitahu saya mengenai program ganjaran kepada pemandu berhemah. Sebahagian konsepnya akan dilaksanakan tahun depan,ā katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMSā18) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Hadir sama, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.
Anthony Loke berkata, beliau mempercayai pendekatan ācarrot and stickā (ganjaran dan hukuman) paling berkesan dalam mendidik seseorang menjadi pemandu berhemah.
āKita perlu memberi ganjaran untuk memotivasikan pemandu bagi mengubah tingkah laku mereka kepada berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya. Pada masa sama, jika mereka enggan berubah, kita akan kenakan hukuman,ā katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata difahamkan PETRONAS sedang membangunkan aplikasi yang boleh menguji tingkah laku seseorang pemandu.
āApabila aplikasi berkenaan dihidupkan ia akan menilai sama ada anda pemandu yang baik atau sebaliknya.
āJika mencapai skor tertentu dalam tempoh sebulan misalnya, maka anda layak mendapat rebat petrol dan bayaran tol.
āInilah dikatakan sebagai ācarrotā, supaya pemandu berhemah di jalan raya dan saya yakin ia amat digemari rakyat Malaysia,ā katanya.
Awal September lalu, Anthony Loke dilapor berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberikan diskaun bayaran insurans kereta kepada pemandu berhemah mulai tahun hadapan dan akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
Sementara itu, beliau memuji penganjuran KLIMSā18 yang memberi peluang rakyat khususnya pencinta automotif melihat koleksi kereta terkini, motosikal dan kenderaan komersial dipamerkan.
Katanya, pada masa sama pengunjung turut berpeluang melihat teknologi dan trend terkini industri automotif termasuk aspek keselamatan.
Anthony Loke, dalam ucapan perasmian, berkata jumlah kenderaan di negara ini dianggarkan akan meningkat kepada 31 juta menjelang 2030 dan kerajaan melakukan berbagai persediaan bagi menghadapinya termasuk isu keselamatan dan pencemaran akibat pelepasan hidrokarbon.
āJumlah kenderaan sentiasa meningkat sebab ada permintaan daripada rakyat yang mahu memiliki kenderaan sendiri. Kerajaan memang menggalakkan pengangkutan awam namun bukan dasar kami menghalang pemilikan kereta,ā katanya.
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad, Berita Harian 23 November 2018
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
KATSANA signs MoU to drive forward Usage-based Insurance
KUALA LUMPUR: Usage-based Insurance (UBI) is a platform that is no longer foreign in this “Internet of Things” (IoT) world. However, not many in Malaysia are familiar with this mechanism...
DriveMark didik sikap pemandu
TAHUKAH anda Malaysia berada di kedudukan ke-16 di dunia yang melibatkan statistik tertinggi kemalangan jalan raya? Statistik itu juga amat membimbangkan, namun masih ada peluang untuk mengubah senario tersebut. Pixelated...
#ShareStreakLah Challenge : Grand Finale
It is very sad for us to end #ShareStreakLah Challenge…. BUT hey, we donāt want to sedih-sedih and say goodbye macam tu je. Thatās why we decided to make it...
7 Important Car Accident Tips That You Should Know š¤
Road accidents are almost always unexpected and could happen to anyone, even safe drivers. Since we spend most of our time on the road,Ā we should be aware of car...