Saban hari kedengaran kes-kes ragut dan rompakan kereta di media massa. Team DriveMark prihatin mengenai kejadian-kejadian buruk ini. Oleh itu kami menyenaraikan beberapa tip atau cadangan untuk para pembaca sekalian. Agar tip ini dikongsi ramai dan memberi manfaat kepada semua.
Tip sebelum menaiki kenderaan
- Para wanita dinasihatkan agar jangan berjalan secara bersendirian ke tempat parking kereta anda, terutama apabila berada di bangunan pejabat atau komplex membeli-belah. Tambahan pula jika waktu tersebut ada selepas waktu bekerja/malam dan dalam suasana yang lengai (tiada orang kelihatan). Dapatkan seseorang untuk menemani anda jika anda bekerja lewat malam, atau selepas menonton wayang. Hubungi pengawal keselamatan yang akan menolong anda jika anda tiada kawan-kawan berdekatan.
- Semasa memandu atau berjalan kaki, sentiasa perhatikan kawasan sekitar. Berhati-hati apabila anda melihat orang yang mencurigakan berdekatan kenderaan anda. Sebagai contoh, berwaspada jika terdapat pembonceng motorsikal yang berkeliaran tanpa sebab yang jelas.
- Apabila anda memasuki kereta, sila pastikan tempat duduk belakang adalah kosong. Penjahat boleh bersembunyi di belakang dan menunggu masa yang sesuai untuk beraksi. Kejadian seperti ini akan kerap berlaku di stesen minyak dan R&R diseluruh negara.
- Selepas memasuki kereta dan memastikan semua selamat, pastikan anda mengunci pintu dari dalam, dan cermin kereta anda dinaikkan.


Tip semasa memandu
- Sesat jalan? Jangan sekali-kali berhenti di tepi jalan dan guna lampu kecemasan. Perilaku ini hanya akan mengundang masalah kerana ia akan menarik penjahat yang akan mengambil kesempatan terhadap masalah anda.
- Jika sesat jalan, telefon kawan-kawan untuk bertanya ATAU pergi ke stesen minyak/kedai berdekatan.
- Kereta yang mencucuk dari belakang sememangnya boleh menyebabkan kemarahan. Jika pemandu lain mengganggu anda dan mengacah-acah untuk berlumba, ambil nafas dalam-dalam dan jangan sekali-kali terikut acahan mereka.
- Jika ada pemandu yang mengacah-acah, memotong dan kemudian cuba berhenti di depan ada, atau memperlahankan kereta mereka di depan anda, anda dinasihatkan untuk memandu lebih perlahan dan teruskan pemanduan. Jangan berhenti!
- Jika acahan dari pemandu tersebut berterusan, ambil langkah wajar dengan memandu ke arah Pejabat Polis dan Trafik berdekatan. Cuba dapatkan nombor pendaftaran, jenis & warna kenderaan, dan bentuk fizikal pemandu tersebut (jika anda nampak).
- Selepas membuat aduan dan apabila keluar dari Pejabat Polis, lihat kawasan sekeliling untuk pastikan kereta penjahat tersebut tidak menunggu anda. Jika anda terlihat kelibat kereta tersebut, hubungi polis serta merta.
Similar Articles
Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app
When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...
5 Date Spots to Go During New Year!
So the hottie at the office finally asked you out. After saying yes three times due to shock, you have to find date spots for a perfect date that show...
Malaysia ranks 20th in the world for road deaths. This startup could change all that.
A stolen vehicle, a two-hour search, and catching car thieves. Thatās how Syed Ahmad Fuqaha, managing director and founder at driving pattern data company Katsana, describes his first and most...
Harga Roadtax Nissan GT-R R35, R34, R33 dan R32
Nissan GT-R adalah satu model performance dari negara matahari terbit š¾ yang sungguh lejen dan evergreen. Sports car Nissan GT-R (juga dikenali secara intim sebagai Godzilla dikalangan kaki motor se-Malaysia)...
The history behind DriveMark mobile telematics app
“Asians Cant Drive” Do you know that Malaysia has one of the highest road fatalities in the world? For every 100,000 citizens, 24 Malaysians are killed on the road. In...
Kuiz ‘Child Seat’ Untuk Parents!
[playbuzz-item wp-pb-id=”144442″ item=”9ec0e640-43c6-4d0c-a685-7b149e440171″ info=”false” shares=”false” comments=”false” recommend=”undefined”] Jangan lupa untuk kongsi dan tag rakan-rakan anda kuiz ini berserta hastag #drivesaferlah.Ā 50 individu bertuah bakal memenangi voucher RM30 petrol. [...]Read More...