Berdasarkan satu kajian oleh Centers for Disease Control and Prevention (USA), hampir separuh dari kematian yang berpunca dari lemas adalah disebabkan kenderaan yang meredah air banjir. Pemandu yang tersekat dalam banjir bukanlah seorang yang berani atau suka mengambil cabaran. Seperti kebanyakan orang, pemandu ini kebiasaannya memandang rendah betapa bahayanya meredah air banjir yang cetek.

Kalau jalan raya banjir, jangan cuba redah kalau anda tak tahu ketinggian air.

Sebagai contoh:

Air yang setinggi 6 inci tak dalam pon.
Tetapi ia mampu menyebabkan tayar kereta hilang cengkaman (traction) dan boleh menyebabkan anda hilang kawalan -> kemalangan yang serius. Jangan redah air setinggi 6 inci yang mengalir.

Air sedalam 12 inci / 1 kaki / separuh tayar-
Kebanyakan kereta sudah boleh terapung. Maka jika kereta terapung, maksudnya anda sudah tidak lagi mengemudi/memandu. Air yang mengalir boleh membunuh anda jika anda dibawa ke dalam sungai atau longkang besar. Anda dinasihatkan berhenti dan jangan cuba redah.

Air sedalam 24 inci / 2 kaki–
Pada ketinggian ini, kereta 4×4/SUV pun sudah boleh dibawa air. Kereta-kereta lain sudah pasti jadi perahu. Engine anda juga ada potensi ‘hydrolock’ dan hilang fungsi-fungsi electronic yang lain. Hydrolock terjadi apabila air memasuki combustion chamber -> menyekat engine berfungsi. Apabila kereta anda tidak lagi berjalan, anda sudah tiada kawalan dan tak boleh u-turn. Tinggalkan sahajalah kereta itu dan cari tempat selamat. Kereta boleh dibaiki, nyawa anda hanya satu. Kecuali jika anda seekor kucing, kucing ada 9 nyawa.

Kesimpulannya:

1. Buat U-turn/berhenti. Jangan redah jalan yang banjir.
2. Jika anda benar-benar terpaksa & air dalam sekitar 6-12 inci, anda disyorkan supaya kempiskan tayar dahulu. Tayar yang kempis mengurangkan risiko kereta terapung dan memberi cengkaman lebih.
3. Matikan enjin apabila ekzos dan bahagian enjin kenderaan sudah mulai ditenggelami air banjir.
4. Jadilah seekor kucing. Jika mati, kucing boleh hidup kembali. Kalau anda seorang manusia, sabar lah sikit; jangan redah banjir tu.

via GIPHY

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

7 Important Car Accident Tips That You Should Know 🤕

Road accidents are almost always unexpected and could happen to anyone, even safe drivers. Since we spend most of our time on the road,  we should be aware of car...

Cara Baiki / Tukar Windscreen Kereta Yang Retak 🤔

Di Malaysia, pembaikan/pertukaran windscreen kereta adalah mudah untuk dituntut daripada pihak insurans anda 😉. Anda tidak perlu risau dengan proses yang rumit untuk baiki/tukar windscreen yang retak/pecah. Sila ikut cara-cara...

Harga Roadtax Nissan GT-R R35, R34, R33 dan R32

Nissan GT-R adalah satu model performance dari negara matahari terbit 🗾 yang sungguh lejen dan evergreen. Sports car Nissan GT-R (juga dikenali secara intim sebagai Godzilla dikalangan kaki motor se-Malaysia)...

The history behind DriveMark mobile telematics app

“Asians Cant Drive” Do you know that Malaysia has one of the highest road fatalities in the world? For every 100,000 citizens, 24 Malaysians are killed on the road. In...

Apa yang anda perlu tahu mengenai liberalisasi insurans kenderaan

Tahukah anda, bermula daripada Julai 2017 (bulan ini) kadar premium insurans akan berbeza berbanding sebelum ini? Masih ramai pemilik kenderaan yang masih belum mengambil tahu tentang perkara ini. Bagaimana sistem...