Berdasarkan satu kajian oleh Centers for Disease Control and Prevention (USA), hampir separuh dari kematian yang berpunca dari lemas adalah disebabkan kenderaan yang meredah air banjir. Pemandu yang tersekat dalam banjir bukanlah seorang yang berani atau suka mengambil cabaran. Seperti kebanyakan orang, pemandu ini kebiasaannya memandang rendah betapa bahayanya meredah air banjir yang cetek.

Kalau jalan raya banjir, jangan cuba redah kalau anda tak tahu ketinggian air.

Sebagai contoh:

Air yang setinggi 6 inci tak dalam pon.
Tetapi ia mampu menyebabkan tayar kereta hilang cengkaman (traction) dan boleh menyebabkan anda hilang kawalan -> kemalangan yang serius. Jangan redah air setinggi 6 inci yang mengalir.

Air sedalam 12 inci / 1 kaki / separuh tayar-
Kebanyakan kereta sudah boleh terapung. Maka jika kereta terapung, maksudnya anda sudah tidak lagi mengemudi/memandu. Air yang mengalir boleh membunuh anda jika anda dibawa ke dalam sungai atau longkang besar. Anda dinasihatkan berhenti dan jangan cuba redah.

Air sedalam 24 inci / 2 kaki
Pada ketinggian ini, kereta 4×4/SUV pun sudah boleh dibawa air. Kereta-kereta lain sudah pasti jadi perahu. Engine anda juga ada potensi ‘hydrolock’ dan hilang fungsi-fungsi electronic yang lain. Hydrolock terjadi apabila air memasuki combustion chamber -> menyekat engine berfungsi. Apabila kereta anda tidak lagi berjalan, anda sudah tiada kawalan dan tak boleh u-turn. Tinggalkan sahajalah kereta itu dan cari tempat selamat. Kereta boleh dibaiki, nyawa anda hanya satu. Kecuali jika anda seekor kucing, kucing ada 9 nyawa.

Kesimpulannya:

1. Buat U-turn/berhenti. Jangan redah jalan yang banjir.
2. Jika anda benar-benar terpaksa & air dalam sekitar 6-12 inci, anda disyorkan supaya kempiskan tayar dahulu. Tayar yang kempis mengurangkan risiko kereta terapung dan memberi cengkaman lebih.
3. Matikan enjin apabila ekzos dan bahagian enjin kenderaan sudah mulai ditenggelami air banjir.
4. Jadilah seekor kucing. Jika mati, kucing boleh hidup kembali. Kalau anda seorang manusia, sabar lah sikit; jangan redah banjir tu.

via GIPHY

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

New Points System for Easier Win!

What is up, heroes? Hope you guys enjoyed our #DriveSaferLah challenges in 2018, and to celebrate the new year, we’re sharing with you an inside-scoop of our DriveMark point system...

Temui DriveMark di Kuala Lumpur Run 2017

Drivemark telah berkolaborasi dengan Hausboom semasa Kuala Lumpur Run 2017 yang diadakan pada hari Ahad, 13 Ogos 2017. Para peserta bersama pingat yang dimenangi. Team Drivemark mempromosikan app Drivemark yang...

KATSANA® Supporting Road Safety in South East Asia through MIROS CARS 2018

The 2nd Conference of ASEAN Road Safety was held in Summit Hotel, Subang USJ on 4th till 6th December 2018. Organized by Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), the...

#ShareStreakLah Challenge!

You want more rewards. We hear you 😏 Introducing……  #ShareStreakLah Challenge! This time, we want to see if you can maintain your safe driving by collecting “STREAKS”. ‘Streak’? Apa tu?  ...

No Claim Discount (NCD) – The Complete Guide for Malaysia car owners

What is No Claim Discount? How does it help you to save money on motor insurance/motor takaful coverage? No Claim Discount (commonly abbreviated to NCD) is a type of motor...