Tahukah anda, bermula daripada Julai 2017 (bulan ini) kadar premium insurans akan berbeza berbanding sebelum ini? Masih ramai pemilik kenderaan yang masih belum mengambil tahu tentang perkara ini. Bagaimana sistem ini akan berfungsi kelak? Mari kita fahami terlebih dahulu sistem sekarang.

Sepanjang 30 tahun struktur tarif premium insurans motor Malaysia di kawal sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia. Sebelum ini harga premium tahunan dikira berdasarkan 2 faktor utama iaitu berdasarkan harga pasaran semasa kenderaan anda dan juga berdasarkan saiz kapasiti enjin (cc) kenderaan anda.

Antara faktor lain yang diambil kira yang menyumbang kepada harga premium anda juga adalah pakej tambahan untuk premium sedia ada dan juga ‘loading’ (bebanan tambahan) – kos tambahan yang dikenakan berdasarkan kondisi kenderaan yang berusia lebih 10 tahun (boleh menjangkau maksimum 15% daripada harga asal premium).

Disebabkan kadar pentarifan adalah berdasarkan kapasiti enjin kenderaan anda, kebiasaannya harga premium antara syarikat insurans adalah sama dengan perbezaan yang tidak ketara.

Kekurangan Tarif Insurans Sebelum Ini

  1. Kiraan tarif insurans sebelum ini sebenarnya adalah tidak setimpal kerana walaupun anda seorang pemandu dengan risiko rendah, anda terpaksa membayar pada kadar yang sama seperti pemandu dengan risiko tinggi.
  2. Jumlah kecil pemandu berisiko tinggi ini mengakibatkan premium semua pemandu lain menjadi tinggi, ini adalah kerana pemandu berhemah  perlu menanggung risiko pemandu berisiko tinggi.
  3. Tarif sedia ada tidak memberi insentif ganjaran kepada pemandu berhemah untuk kekal memandu selamat di jalan raya.
  4. Tarif sedia ada tidak menghukum pemandu berbahaya selain daripada pengurangan diskaun tiada tuntutan (NCD).

 

Apa Bezanya dengan Nyahtarif nanti?

Sistem baru ini nanti akan menyebabkan premium kenderaan tidak lagi dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan syarikat insurans yang beroperasi di Malaysia boleh menggunakan cara mereka tersendiri untuk pengiraan premium insurans yang dikenakan terhadap pengguna.

Sistem nyahtarif premium insurans ini bukanlah satu benda baru. Ianya telah lama digunakan dan dipraktikkan secara meluas di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Singapura, Thailand dan juga China.

Apabila tidak dikawal, ini tidak bermakna anda akan membayar lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ini. Antara kebaikan yang dapat dilihat pada pengguna adalah :

  1. Premium yang lebih rendah untuk pengguna berhemah
  2. Produk dan servis baru daripada pengeluar insurans
  3. Peningkatan dalam mutu perkhidmatan dari pengeluar insurans.

Cara Pengiraan Yang Menarik dan Memberi Manfaat Untuk Semua

Faktor risiko atau insurans berasaskan penggunaan (link to ubi) (usage-based insurance) adalah cara pengiraan mudah untuk pengeluar insurans mengira kadar premium insurans tahunan anda.

Pengiraan yang lebih telus dan bersifat adil untuk semua pengguna. Sistem pengiraan ini juga dilihat dapat membina sikap pemandu yang lebih berhemah dan selamat.

Dengan sistem ini, cara pemanduan anda akan menentukan berapa jumlah premium insurans yang perlu anda bayar. Pemandu dengan risiko yang rendah akan perlu membayar premium rendah dan sebaliknya, apabila risiko tinggi maka premium insurans juga akan turut meningkat.

Aplikasi KATSANA DriveMark dapat mengenal pasti risiko pemaduan anda. Ianya boleh di dapati di Google Playstore dan Apple App Store. Atau layari http://www.getdrivemark.com/my untuk mendapatkannya.

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

Fresh Grad & Kereta Baru, amboi, amboi…

Kalau duduk rumah sewa, tapi pakai kereta mewah, amboi, amboi.. Itulah ayat tipikal generasi milenia kita yang kurang skill ukur baju di badan sendiri. Tapi to be honest, maybe bukan...

KATSANA drives usage-based insurance in Malaysia

Katsana, a technology startup in Malaysia, is evolving its business from helping insurers recover stolen cars to generating data from user behavior that has implications beyond auto insurance. The company...

💰 Cara Tukar NCD (No Claim Discount) Kepada Kereta Baru

Bagi setiap pemilik kereta, adalah wajib bagi mereka untuk mempunyai perlindungan insurans kereta atas tujuan perlindungan kepada diri sendiri dan kereta masing-masing. Sebagai satu ganjaran, pihak insurans telah mewujudkan suatu...

Cara Baiki / Tukar Windscreen Kereta Yang Retak 🤔

Di Malaysia, pembaikan/pertukaran windscreen kereta adalah mudah untuk dituntut daripada pihak insurans anda 😉. Anda tidak perlu risau dengan proses yang rumit untuk baiki/tukar windscreen yang retak/pecah. Sila ikut cara-cara...


Leave a Reply

Your email address will not be published.