Perodua Myvi merupakan satu model yang paling laris terjual di Malaysia. Dari tahun 2006 sehingga 2013, jualan Myvi adalah paling top mengalahkan semua jenama dan model kereta yang lain. Model ini telah terjual lebih 1.2 juta unit di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2005!

Bagi kebanyakan orang, Myvi ini sangat dekat di hati 😘 kerana biasanya ia model yang pertama kali dibeli terutama bagi golongan muda-mudi yang baru graduate dari universiti dan pertama kali bekerja.

Generasi-generasi model Perodua Myvi

Perodua Myvi ada beberapa generasi sejak tahun 2005. Setiap satu generasi membawa perubahan dari segi styling, performance, ciri keselamatan, dan teknologi terbaru.

  • Generasi pertama – M300 (Tahun 2005 hingga 2011)
  • Generasi kedua – M600 (Tahun 2011 hingga 2017)
  • Generasi ketiga – M800 (Tahun 2017 hingga sekarang)

Perodua Myvi pada permulaannya terhasil dari kolaborasi antara Toyota dan Daihatsu.

Namun berbeza dengan generasi sebelumnya, Perodua Myvi generasi ketiga direka sepenuhnya oleh pakar-pakar tempatan berasaskan design & styling Perodua tersendiri. 🤩

Senarai generasi model Perodua Myvi sejak 2005

Perodua Myvi generasi ke-tiga adalah sebuah kereta yang baru sepenuhnya. Toyota dan Daihatsu hanya memberikan nasihat dan enjin kepada Perodua manakala seluruh bahagian yang lain direka oleh anak tempatan. Enjin-enjin baru ini juga telah mendapat sentuhan Perodua untuk menaikkan penjimatan minyak. Penjimatan minyak adalah satu komponen yang penting bagi membolehkan Perodua Myvi mendapat standard EEV (Energy Efficient Vehicle).

Cara Kira Harga Roadtax Perodua Myvi (dari tahun 2005 hingga sekarang)

Harga roadtax Perodua Myvi / Harga cukai jalan Perodua Myvi dikira berasaskan nilai kapasiti enjin (cubic-capacity, cc). Sistem pengiraaan berdasarkan kapasiti enjin bermakna enjin yang lebih besar akan membayar roadtax yang lebih tinggi.

Oleh kerana setiap generasi (dan variasi model) Perodua Myvi mempunya saiz kapasiti enjin yang berbeza-beza, makan harga roadtax Perodua Myvi juga berbeza-beza mengikut keupayaan kereta anda.

Untuk mengetahui harga sebenar cukai jalan/roadtax yang anda perlu bayar untuk Perodua Myvi, anda juga perlu tahu maklumat di bawah:

  • Generasi dan Variasi Enjin Perodua Myvi anda
    • Generasi Pertama (2005-2011), mempunyai enjin-enjin berikut:
      • 989cc (1.0 Litre)
      • 1,298cc (1.3 Litre)
    • Generasi Kedua (2011-2017), mempunyai enjin-enjin berikut:
      • 1,298cc (1.3 Litre)
      • 1,495cc (1.5 Litre)
    • Generasi Ketiga (2017-sekarang), mempunyai enjin-enjin berikut:
      • 1,329cc (1.3 Litre)
      • 1,496cc (1.5 Litre)
  • Lokasi kegunaan kereta
    • Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia menetapkan harga roadtax kereta yang berbeza bergantung kepada lokasi kegunaan kereta ada.
    • Jika anda guna kereta itu di Sabah & Sarawak, anda akan membayar harga roadtax Perodua Myvi yang lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia.
    • Harga roadtax yang lebih rendah di Sabah & Sarawak disebabkan kualiti jalan raya yang kurang baik.
  • Jenis kegunaan kereta
    • 🚗 Kegunaan secara persendirian
    • atau 🚚 Kegunaan Syarikat
  • Bentuk badan kenderaan (sama ada kereta Saloon atau kereta bukan Saloon)
    • 🚗 Saloon: Sedan / Hatchback / Coupe / Wagon / Convertible (Perodua Myvi dianggap sebagai hatchback)
    • 🚙 Bukan Saloon: MPV / SUV / Pick-ups / Commercial

Untuk penerangan lebih mendalam mengenai cara pengiraan roadtax di Malaysia, anda boleh refer kepada artikel ini 🚀 Senarai Lengkap Harga Road Tax Kereta Malaysia (2020)

Senarai penuh harga Roadtax / Cukai Jalan Myvi

Seperti yang diterangkan di atas, harga cukai jalan Myvi bergantung kepada model kereta anda. Untuk memudahkan pengguna laman ini, 😊 kami bantu senaraikan harga roadtax Myvi dan juga telah asingkan senarai berdasarkan kawasan kegunaan kereta ini.

😍 Nota kaki: Ingin dapatkan pulangan cashback tunai setiap bulan? Renew insurans/takaful kereta anda melalui DriveMark untuk menyertai Safe Driver Cashback yang memberikan ganjaran tunai setiap bulan kepada pemandu yang berhemah. Click link ini untuk dapatkan ⭐️ Sebut Harga insurans kereta anda.

Perodua Myvi Road Tax Price / Harga Cukai Jalan

Car ModelCubic-capacitySemenanjung MalaysiaSabah & Sarawak
Perodua Myvi 1.0L
1st Generation
2005-2011
989ccRM20.00RM20.00
Perodua Myvi 1.3L
1st Generation
2005-2011
1,298ccRM70.00RM56.00
Perodua Myvi 1.3L
2nd Generation
2011-2017
1,298ccRM70.00RM56.00
Perodua Myvi 1.5L
2nd Generation
2011-2017
1,495ccRM90.00RM72.00
Perodua Myvi 1.3L
3rd Generation
2017-now
1,329ccRM70.00RM56.00
Perodua Myvi 1.5L
3rd Generation
2017-now
1,496ccRM90.00RM72.00

 

Automatic car accident detection and alert

Automatic car accident detection and alert
❤️ En Idham dan keluarga menggunakan app DriveMark untuk memastikan keselamatan semasa memandu. App DriveMark akan detect sebarang kemalangan yang serius dan akan menghubungi ahli keluarga secara automatik. App DriveMark adalah percuma di Google Play and Apple AppStore. 👉🏻 Click untuk Install App

 

Get rewarded for driving safe

Get rewarded for driving safe

Download Now!

Download on Google Play Download on App Store Play

Similar Articles

Car Accident Detection and Emergency Alert using DriveMark mobile app

When DriveMark was launched back in 2017, it carried our aspiration to make the roads safer for everyone. From then on, we introduced several features to encourage drivers to be...

😋 How to take care of newly replaced windscreen

This is the third article on a series of articles about 🚀 Windscreen Insurance Coverage & Price List (2023), 🚀 Claiming & Replacing broken Windscreens, and now on 🚀 Taking...

DriveMark now protects the life of safe drivers

Good news everybody! We woke up last month with a dream. DriveMark should not just encourage and reward safe drivers. We want to go a step further; DriveMark should also...

5 Date Spots to Go During New Year!

So the hottie at the office finally asked you out. After saying yes three times due to shock, you have to find date spots for a perfect date that show...

Temui DriveMark di Kuala Lumpur Run 2017

Drivemark telah berkolaborasi dengan Hausboom semasa Kuala Lumpur Run 2017 yang diadakan pada hari Ahad, 13 Ogos 2017. Para peserta bersama pingat yang dimenangi. Team Drivemark mempromosikan app Drivemark yang...

Travelling By Car with Your Pets

When you adopt pets, they are considered as part of your family. As the other family members, your animal companion needs to be comfortable during car rides. Honoring the Love...